home button Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

STICKY NOTE!

BERMINAT DENGAN HASIL KERJA DARI HENNA RATU SEHARI??

DROP BOOKING SEKARANG!! ;)




ASSALAMUALAIKUM..

Saya masih aktif menjalankan service henna di sekitar KUALA LUMPUR buat masa ini..
Tempahan tarikh berinai di buka untuk Bride-to-be sepanjang TAHUN 2014
(OPEN FOR Oktober, November, Disember)!
Jika anda berminat dengan hasil seni Henna Ratu Sehari,
cepat isi booking form dan saya akan segera membalas emel2 anda.. ;)

Harga disertakan mengikut Pakej yang telah disediakan di sini:

Sebarang pertanyaan akan dibalas.
Emelkan ke: am.nkaak@gmail.com

Saya harap anda dapat membuat pilihan yang TEPAT untuk memilih
Henna Artist yang betul2 memuaskan hati di hari berbahagia anda.. ;)

P/S: Kepada Mobile User (online thru Smartphone, tab) sila scroll ke bawah dan click 'view web version' untuk paparan yang jelas.
Thank you.

31 May 2009

Contoh-contoh Hasil Design

PADAT - Atas tangan
(CODE: TA_shaadhi)

PADAT - Tapak Tangan
(CODE: TT_shaadhi)


BIASA - Atas Tangan
(CODE: TA_kupang)


BIASA - Tapak Tangan
(CODE: TT_kupang)


BIASA -Atas Tangan
(CODE: TA_yaya)


BIASA - Tapak Tangan
(CODE: TT_flat)



SIMPLE - Atas Tangan
(CODE: TA_tira)

20 May 2009

Pemakaian Henna Berukir

Sebelum saya memulakan khidmat dan bakat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada saya ini, saya mengkajinya terlebih dahulu kerana terdapat banyak kemusykilan mengenai pemakaian inai berukir ditubuh seorang wanita. Ada pihak yang mengatakan pemakaian inai berukir ini adalah haram disisi Agama Islam, dan ada juga yang mengatakan hukumnya harus.

Setelah membaca beberapa aritikel yang menyatakan kemusykilan berkaitan inai berukir, ingin saya perjelaskan perbezaan antara inai dan tatoo. Kedua-dua benda ini adalah sangat berbeza sama sekali. Inai merupakan sejenis bahan. Dari segi bahasa inai bermaksud bahan yang digunakan untuk memerahkan kuku, jari dan anggota badan. Dalam bahasa Arab inai dipanggil Al-Hinnaa' atau henna. Pemakaian inai seolah-olah menghiaskan diri dengan bahan yang dipakai, sama seperti memakai perhiasan aksesori di tubuh seorang wanita. Inai tidak akan berkekalan selamanya ditubuh kita.

"Hukum memakai inai bagi kaum wanita adalah diharuskan. Namun hanya sekadar di tangan hingga ke pergelangan tangan sahaja, dan tidak melukis/mencorak dengan gambar/lukisan yang dilarang seperti haiwan, logo yang berkaitan dengan ajaran yang sesat atau sebagainya.

Perlu diingatkan, lelaki adalah dilarang (haram) memakai inai sekiranya untuk perhiasan diri. Ia hanya untuk hiasan diri kaum wanita sahaja. Jika untuk perubatan (cagu/sakit kuku), ia dibolehkan. Wallahu ‘alam.." <--Isu ini diambil dari forum pertanyaan JAKIM

Diriwayatkan dari Aishah bahawa seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: “Aku tidak tahu sama ada ini tangan lelaki atau perempuan.” Perempuan itu menjawab: “Aku adalah seorang wanita.” Baginda bersabda: “Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai henna (inai) dijarimu.” (hadith riwayat abu dawud)

Hadith ini digalakkan rasulullah saw menyuruh kaum wanita utk memakai inai pada tgn utk membezakan antara lelaki dan perempuan.

PEMBETULAN SALAHFAHAM KENYATAAN MUFTI PERLIS

Telah berlaku kesilapan faham kenyataan saya oleh sesetengah pihak berhubung dengan penggunaan inai sebagai lukisan diri wanita terutama semasa perkahwinan dan selainnya. Di sini saya jelaskan seperti berikut;

1. Hukum asal perhiasan tubuh wanita adalah diizinkan syarak selagi tiada dalil yang melarangnya, ini termasuklah menggunakan inai.

2. Hanya warna yang bersifat kekal sahaja yang dilarang ini seperti tatoo, kerana itu washimah seperti yang disebut dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: “Nabi s.a.w melarang pembuat tatoo dan yang minta ditatookan”. Maka dengan itu, sebarang lukisan yang tidak kekal termasuk inai tidak termasuk dalam larangan tersebut.

3. Namun begitu, jika lukisan itu menggambarkan ciri-ciri yang buruk seperti perlambangan bagi sesuatu ajaran sesat, atau kumpulan jahat atau seumpamanya, maka itu adalah dilarang oleh Islam. Ini kerana Islam mementing penampilan diri yang dibersih dari penonjolan unsur-unsur negatif dan jahat. Sabda Nabi s.a.w “Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru selain kita” (Riwayat al-Tirmizi, sahih). Juga sabda baginda: “Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka dia di kalangan mereka” (Riwayat Abu Daud, sahih).

4. Apa-apa sahaja perhiasan diri wanita yang boleh menambat hati suami dan mengeratkan hubungan rumah tangga adalah digalakkan oleh syarak termasuk inai dan mewarnakan rambut.

Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Keratan seterusnya diperoleh daripada soal jawab dari JAKIM:

Kemusykilan #1
Soalan :
Assalamu'alaikum wbt,
Saya ada satu kemusykilan berkenaan dengan hukum iaitu apakah hukumnya memakai inai yang bercorak dan berukir? Setelah merujuk pada laman web JAKIM, memakai inai yang biasa diharuskan hukumnya. Tetapi bagaimana pula hukum bagi memakai jenis inai yang bercorak dan berukir? Terima kasih. .
Jawapan :
Waalaikumussalam,
Harus memakai inai bercorak dan berukir seperi corak bunga bagi pengantin perempuan tetapi dengan syarat tidak bercorak haiwan atau benda-benda hidup

Kemusykilan #2
Soalan :
Apakah hukumnya memakai inai berukir seperti trend pengantin sekarang?.
Jawapan :
Hukum memakai inai berukir harus bagi wanita,dengan syarat ukiran inai tersebut tidak menyerupai benda-benda hidup..

Kemusykilan #3
Soalan :
Assalamualaikum.Saya ada kemusykilan mengenai pemakaian inai di tangan.Saya seorang pelukis inai(henna) untuk pengantin.Saya ada terbaca artikel bertarikh 8/5/2007 di dalam website ini,pihak JAKIM mengatakan bahawa harus memakai inai di tangan kerana ia bukan menyerupai tatu.Saya juga ada terbaca surat khabar mingguan malaysia bertarikh 10/2/2008 di muka hadapan pemakaian inai ala tatu dilarang.Soalan saya disini,adakah memakai inai yang dilukis di tangan itu diharamkn sama sekali walaupun ia bercorak bunga ( corak arabic) bukan bercorak binatang atau haiwan cthnya seperti gambar yang disiarkan di dalam mingguan malaysia itu.Saya risau selagi tidak mendapatkan kepastian dari pihak JAKIM.Terima kasih .
Jawapan :
Waalaikumussalam, memakai inai atau mengukir inai di tangan pengantin perempuan diharuskan dengan syarat bukan bercorak benda-benda hidup..

Rujukan: JAKIM

Banyak artikel yang dah saya baca mereka sering kaitkan inai dengan tatoo. Tatoo merupakan sejenis alat, sejenis hiasan yang ditusuk ditubuh dan berkekalan. Pemakaian tatoo salah disisi agama Islam kerana menghalang pengaliran wuduk dan menyakitkan si pemakai. Keratan seterusnya pula, saya peroleh dari sumber yang bernas mengenai tatoo.. Silalah baca untuk mengatahui dengan lebih terperinci ye..

Tatu ialah tanda ukiran pada tangan, muka atau bahagian lain pada badan dan ia bukan adat resam Melayu. Ia adalah pengaruh budaya asing, sesetengahnya baik lelaki mahupun wanita membuat tatu pada bahagian badan mereka.

Bagi mendapatkan tatu, kulit badan biasanya dicucuk dengan jarum atau seumpamanya sehingga keluar darah, kemudian ditabur di atas badan yang dicucuk jarum itu dengan nila atau lain-lain bahan supaya tempat itu menjadi biru atau seumpamanya.

Tujuan bertatu biasanya kerana suka-suka untuk tujuan perhiasan, malah tidak kurang yang melakukannya kerana amalan budaya dalam suku kaum mereka dan melambangkan persembahan agama seperti orang Kristian mengukir lambang salib pada bahagian badan mereka.

Perbuatan itu termasuk juga mengubah ciptaan Allah dan ia adalah haram. Banyak hadis menerangkan Allah dan Rasul-Nya melaknat orang yang melakukan tatu.

"Daripada Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma sesungguhnya Rasulullah s.a.w melaknat perempuan yang menyambung rambutnya, yang minta disambungkan, yang menyucuk kulit badan dengan jarum (bertatu) dan yang minta dibuatkan tatu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zaharuddin Abd Rahman, dalam tulisannya menegaskan, perbuatan yang buruk itu menjadi semakin besar pengharamannya apabila ia dilakukan dengan menyeksa dan menyakiti badan, iaitu dengan menusuk-nusuk jarum pada badan orang yang ditatu itu.

"Semua ini menyebabkan laknat, baik terhadap yang mentatu atau orang yang minta ditatu," katanya.

Fatwa dikeluarkan kerajaan Brunei menjelaskan, bagi golongan terbabit (yang melakukan tatu) wajib menghilangkan kesan tatu itu jika diperoleh cara yang selamat dan tidak memudaratkannya.

"Jika tidak dapat dihilangkannya dengan apa juga cara, tidaklah mengapa yang tinggal (dari kesan tatu itu), bolehlah dia melakukan ibadat seperti sembahyang sebagaimana orang Islam yang lain bersembahyang."

Perkara ini sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 286, bermaksud: "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan diusahakannya dan ia menanggung dosa kejahatan diusahakannya.."

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”..(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

Perkataan TUSUKAN yang diterangkan disitu jelas menyatakan cara pemakaian tatoo. berbeza sama sekali dengan cara pemakaian inai yang tiada sebarang kesakitan atau penyiksaan.

Jauhilah aku dari sebarang kemusykilan dan kemungkaran..Sesungguhnya aku tidak mahu tergolong dalam golongan yang bersubahat.. Nauzubillah..

Wallahu ‘alam..

Rujukan:

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil
PEMBETULAN SALAHFAHAM KENYATAAN MUFTI PERLIS

19 May 2009

Kenal-kenal Dengan Saya



Salam..
Hye.. Saya Nurkhairun Amrina, panggil saje Am. Saya dah lame sgt nk ade blog henna ni, tp tak penah ade kesempatan nak buat. Akhirnya, hari ni saya berjaya buat blog Henna. yeay! hehe.. excited sikit. So, blog dah ade, saya janji sentiasa akan update blog saya ni untuk customer2 yang berminat untuk ber'henna' hasil contengan tangan saya.. hehe.. Setakat ni, Alhamdulillah..semua berpuas hati dengan hasil contengan saya.. hee.. (puji diri seniri pulak..)


Sebelum update entry berkenaan henna-henna dan gambar-gambar hasil contengan saya tu, saya nak cerita sikit bibit-bibit permulaan saya menconteng henna dulu la.. hee.. Saya mula berjinak-jinak conteng henna ni sejak di tingkatan lima lagi.. Saya sekolah asrama di Sekolah Men Teknik Alor Star..
Mase tu tahun 2003.. Lama tak?? Adela dalam 6 tahun.. Lama la jugak.. Kalo budak sekolah rendah, dah habes UPSR dah.. hehe.. Mase tu tak berapa nk famous sangat henna lukis2 ni.. Kalau sebut inai mase tu, orang mesti pikirkan pasal inai yang tempek-tempek kat ujung jari tu je.. Old stail dah tu.. heheh.. Tp, sekarang orang biase combine yang 'tempek-tempek ujung jari' dengan henna lukis-lukis.. Yang lama tetap tidak dilupakan.. hee.. kan? kan? Okey,berbalik pada cerita tahun 2003 dulu tu.. Masa tu saya minat sangat tengok filem Hindustan.. Pengaruh dengan kakak saya la ni.. Dulu dia tak penah miss beli 'Majalah Hello'.. Punyelah fanatik dengan Bollywood.. haha.. Itu dulu punya cerita.. Dalam mag tu semua cerita pasal pelakon2 Bollywood je.. Dari situ la saya minat dengan inai yang pelakon-pelakon Bollywood tu pakai.. Lawa je rase.. Macam nk try buat seniri je.. Tapi, mana nak cari inai yang boleh lukis-lukis tu?? Hurmm.. Perasaan ingin mencuba conteng-conteng inai tidak kesampaian, sebab tak penah jumpa inai lukis-lukis kat kedai.. Pendam jela dulu.. huhu.. Tiba-tiba satu hari tu, masa outing (budak asrama la katekan) saje la cari-cari barang kat Mydin Alor Star ternampak la satu kotak henna.. Bungkusan kaler gold.. Hah..ape lagi..rembat terus la.. Satu seringgit je.. Murah gile la.. Ingatkan mahal.. Sebab susah nk jumpe.. heheh.. Balik hostel, terus conteng-conteng kat tangan sendiri.. heheh.. ntah ape-ape design la yang saya conteng mase tu.. memang rase sangat buruk.. huhu.. sebab tak de langsung contoh-contoh design yang nak ditiru.. Tapi, bila dah ade kat tangan, kawan-kawan yang nampak mula la tanya-tanya..lalu dihulurkan tangan masing-masing.. huhu.. Boleh dikatakan hampir satu dorm saya conteng-contengkan tangan diorang.. Kira macam ade majlis berinai la kat dorm saya tu.. heheh.. Masa tu rasa sikit terharu sebab dapat tengok hasil seni tangan sendiri berada disetiap tangan kawan-kawan.. huhu.. Nasib baik budak-budak dorm lain tak mintak contengkan ye?? heheh.. kalau tidak, saya dah boleh bukak booth henna dah masa tu.. haha.. terover pulaks.. Selepas dari tu, jadi ketagih conteng-conteng inai kat tangan.. sampaikan corak yang sebelumnye xsempat lagi nk habes, dah dicontengnye design yang baru.. punyela ketagih.. huhu.. yang sedihnye saya boleh conteng kat tangan kiri jela.. tangan kanan tak penah ade inai pn.. Saya ingat lagi, masa exam SPM sederet kawan-kawan saya tangan-tangan diorang semuanya ada inai lukis-lukis..berbunga-bunga tangan sorang-sorang.. haha.. sampaikan pengawas dewan exam pn perasan semuanya berinai.. Tak boleh lupa la kenangan masa mula-mula kenal henna.. Lepas SPM, balik kampung, saya conteng-conteng pulak kat tangan spupu-spupu.. diorang semua minat jugak nak berinai corak-corak ni.. Sampai ketar-ketar tangan saya ni.. spupu saya ramai.. yang kecik-kecik pun teringin.. haih.. Apakan daya..saya je yang tahu nk conteng-conteng.. yang lain katenye xreti.. Tak minat nk lukis-lukis.. huhu.. terpaksalah.. Begitula ceritanya masa awal-awal dolu.. Buat kerja amal je.. heheh.. Tak pe, sebab saya sangat seronok conteng-conteng inai..


Setelah mempunyai pengalaman, spupu-spupu yang dah pernah diconteng tangannya oleh saya, meminta saya inaikan diorang masa majlis tunang, wedding.. Masa tu design saya sangat lah xlawa.. kesian kat diorang.. tapi diorang kate cantik.. huhu.. yang penting diorang puas hati.. saya pun gembira.. sebab hasil tangan saya akan diingati bila diorang tengok gambar wedding or majlis tunang diorang kan.. hee.. Saya pernah diupah buat pertama kalinya melukis inai untuk pengantin yang merupakan customer butik pengantin Kak Isma.. Masa wedding sepupu ( kak ani), inai dia saya yang conteng.. masa dia pergi make up kat butik pengantin Kak Isma (lupala pulak nama butik dia..huhu), Kak Isma tu tanya kat kak ani siapa yang lukiskan inai dia tu.. so, my cousin ni pun bagitahu la saya yang lukiskan.. Lepas tu Kak Isma mula contact-contact dengan saya kalau ada customer dia mintak nak lukis inai.. Saya sempat lukis kat SORANG je customer die.. Sebab masa tu saya belajar kat Johor (UTHM).. so jauh la kalau nk balik Baling semata-mata nak lukis inai.. Sorry ye Kak Isma.. Sebab terpaksa tolak permintaan 3 customer akak yang nak berinai tu.. Disebabkan saya duduk jauh, dan jarang balik ke Baling, Kak Isma pn dah tak contact-contact saya lagi.. huhu.. cedihnye.. Takpelah. Yang penting, bakat yang saya ada ni tak hilang begitu saja.. kadang-kadang saya lukis jugak dekat sepupu-sepupu yang saje-saje mintak nak berinai.. Tunang and Wedding Kak Long, Wedding Kak Badriah, Wedding Kak Ngah, Kak Zura, Kak Ani, Kak Zahira pun penah jugak rasenye.. hee.. dah lupa.. banyak sangat dah saya buat.. Wedding Kak Long sayalah setakat ni saya conteng paaaaaling rumit skali.. huhu.. Dengan xde preparationnye, xde contoh designnye, dengan busy persiapan hantaran-hantaran die.. Selalu bila wedding sepupu-spupu saya tak la busy sangat.. Tapi bila time wedding kakak sendiri, semuanya macam tak cukup tangan.. huhu.. Masa tu mula la bukak semua magezine wedding.. sorang-sorang sepupu tolong belek mag nak cari contoh design inai.. Sorrylah Kak Long.. tak prepare betul-betul mase nk inaikan ko aritu.. huhu.. Nasib baik aku lukis elok kan?? cantik kan?? hehe.. walaupun sudah pukul 3,4 pagi masa tu.. Kak Long pun pakai inai sambil tido.. huhu.. Kesian sungguh..


Hurm.. macam tu lah perjalanan hidup saya sepanjang bergiat dalam seni melukis inai.. haih.. panjang pulak cerita saya tu ye?? Tak pe lah.. boleh remindkan balik pengalaman-pengalaman lepas.. heheh.. Sepanjang tahun saya tak pernah putus lukis-lukis inai.. Tiap-tiap tahun ade je.. Buat untuk housemate masa blajar kat Matrix Penang, kat UTHM Batu Pahat sampai sekarang buat kat Opismate pulak.. heheh.. Dan bermula hari ini, saya nak mencari mangsa baru untuk menconteng-contengkan tangan mereka.. heheh.. Macam jahat je bunyinye tu.. Kepada anda-anda yang melayari blog saya ini, diharapkan anda berminat dengan hasil tangan saya, hasil conteng-conteng saya.. saya hanyalah manusia biasa, yang sering melakukan kesilapan. Jika berminat untuk dilukiskan inai di majlis bersejarah anda, bolehlah hubungi saya untuk membuat tempahan hari dan waktu. okels.. Di permulaan ini,saya akan buat yang terbaik di atas segala permintaan dari anda. Insyaallah..



Henna Pertunangan Kak Long saya
(CODE: TA_engage)

Henna Pertunangan Kak Long saya (tapak tangan)
(CODE: TT_engage)

Henna Wedding Kak Long saya (tapak tangan)
(CODE: TT_shaadhi)

Henna Wedding Kak Long (atas tangan)
(CODE: TA_shaadhi)

Henna Ratu Sehari - My Kak Long

Family Potrait


p/s : sila click pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas.


**meenamrina_henna