home button Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

STICKY NOTE!

BERMINAT DENGAN HASIL KERJA DARI HENNA RATU SEHARI??

DROP BOOKING SEKARANG!! ;)




ASSALAMUALAIKUM..

Saya masih aktif menjalankan service henna di sekitar KUALA LUMPUR buat masa ini..
Tempahan tarikh berinai di buka untuk Bride-to-be sepanjang TAHUN 2014
(OPEN FOR Oktober, November, Disember)!
Jika anda berminat dengan hasil seni Henna Ratu Sehari,
cepat isi booking form dan saya akan segera membalas emel2 anda.. ;)

Harga disertakan mengikut Pakej yang telah disediakan di sini:

Sebarang pertanyaan akan dibalas.
Emelkan ke: am.nkaak@gmail.com

Saya harap anda dapat membuat pilihan yang TEPAT untuk memilih
Henna Artist yang betul2 memuaskan hati di hari berbahagia anda.. ;)

P/S: Kepada Mobile User (online thru Smartphone, tab) sila scroll ke bawah dan click 'view web version' untuk paparan yang jelas.
Thank you.

29 June 2009

Hari Test Product

Minggu lepas saya saja-saja nak test inai yang dah saya beli.. Saja nak tengok kaler inai tu betul-betul merah ke tak..tahan lama ke tak.. Hurm.. Hasilnya memuaskan hati saya dan pemakai.. Di antara orang yang telah menjadi mangsa untuk test inai tu ialah: Syaszy, Mak Usu dan saya sendiri.. heheh..

Syaszy mintak nak buat corak lingkar lilit-lilit tangan dia.. Layan ajelahh.. heheh..

Biasa Atas Tangan
(CODE: TA_usu)

Biasa Atas Tangan
(CODE: TA_pasleyflower)

Close up
(CODE: TA_pasleyflower)


**meenamrina Henna

Sedikit Kerisauan di hati..huhu..

Waaa.. tak tau cemane nak cerita keserabutan di hati ni.. huhu.. Nak tau ke ape yang saya risau sangat ni?? Risau pasal appointment dengan customer saya pada 2 Julai nanti.. O'oo.. Lagi 1,2... urghhh.. 2 hari lagi ni.. Kak Rose and Kak Julie.. Dua orang yang perlu saya inaikan pada hari yang sama.. Kedua-dua bakal ratu sehari ini telah membuat appointment dengan saya di malam hari.. Of course la berinai orang buat waktu malam kan.. Sebab time malam aje yang agak free untuk bakal ratu sehari ni.. waktu siangnye mesti agak busy untuk membuat itu ini yang tak setel-setel selagi belum tiba majlisnye.. betul tak? huhu.. Sape dah kawen, dan ada pengalaman menjelang majlis perkahwinan dia tau lah.. haih... Bila dah berinai, boleh la bakal ratu sehari ni berehat sikit tanpa membuat sebarang kerja dengan alasan inai dijari masih belum kering kan?? Kalau tidak, tak boleh nak rehat... Tapi, masalah saya sekarang ni agak rumit.. Sebab Pertama, 2 Julai adalah hari Khamis iaitu hari bekerja (malam je la free). Kedua, Bolehkah saya membahagikan masa saya? Satu berinai di Selayang, dan satu lagi di Shah Alam. huhu... (2 tempat yang agak jauh). Ketiga, adakah saya perlu ambil cuti pada hari tersebut? (hurm.. banyak masa sikit kan..)

Hurmm.. Keputusannya, saya ingat nak ambil cuti hari Khamis ni.. huhu.. Kebetulan saya belum mengambil kelas amali memandu 6 jam saya, jadi saya nak pergi pada hari khamis ni.. yay! Dan sekarang saya kena bagitau Kak Rose nak cepatkan appoinment kami pada waktu petang.. Kak Rose, boleh kan? Pakai inai tu kejap aje.. Kak Rose aje yang boleh tolong saya sekarang ni.. huhu.. Harap-harap ape yang dirancang ni berjalan dengan lancar.. Insyaallah..

**meenamrina Henna

27 June 2009

My Fisrt Day - Kak Lina Shah Alam

Alhamdulillah.. Semalam saya selesai menginaikan Kak Lina di Shah Alam. Nevesnye sebelum sampai rumah Kak Lina tu..huhu.. Tapi, dah sampai sana, semuanya okey.. fuhh.. Syukur sangat.. Tangan agak terketar-ketar, tapi still boleh cover..

Kak Lina last minit request nak pakai inai di jari.. Pagi-pagi semalam baru Kak Lina call nak mintak saya inaikan jari sekali.. Sebelum ni Kak Lina just nak inai corak yang simple je.. Tak termasuk inai di jari.. Jadi, saya tak bawak la inai untuk pakai kat jari tu.. Masa Kak Lina call tu saya dah sampai ofis dah.. huhu.. So sorry Kak Lina.. Nasib baiklah Kak Lina ada inai sendiri.. Inai dari Mekah.. Syukur sangat.. huhu..

Lepas Maghrib seperti yang dijanjikan dengan Kak Lina, saya sampai kat rumah dia.. Saya senang sangat dengan Kak Lina sebab dia sangat berserah kepada saya.. Apa saya nak buat pun dia tak kesah.. Ikut citarasa saya je.. Kejap je saya lukiskan inai, then pakaikan inai jari dan kuku kaki.. Puasnya hati sebab inai sangat merah dan menyerlah dijari Kak Lina yang putih gebu tu.. huhu..

Design Simple yang dipilih Kak Lina
(CODE: TA_firstlady)

Close up sikit
(CODE: TA_firstlady)


Kak Lina n me..huhu

Thanks Kak Lina.. Kerana sudi mengguna khidmat saya untuk berinai.. Saya harap Kak Lina sangat berpuas hati dengan inai haritu.. Terlebih terkurang harap dimaafkan..

Selepas ni giliran Kak Rose dan Kak Julie pula.. Tunggu ya untuk entry kedua-dua bakal Ratu Sehari ni.. Salam..


Nota kaki: Thanks a lot Encik Dun sbb kite selamat sampai ke rumah Kak Lina.. Maceh ye.. =)

**meenamrina Henna

19 June 2009

After Cuci-cuci

Ramai yang tanya saya cemane rupa hasil inai lepas dicuci dengan air tu.. Setakat ni inai yang saya guna lepas cuci tu dia jadi kaler oren-oren sikit.. Tapi jangan risau.. Dah lama lepas tu dia mula jadi kemerah-merahan.. then dia boleh jadi sampai warna coklat..

Inai yang dilukis akan bertahan lebih kurang seminggu.. Lepas seminggu dia mula ilang sikit-sikit dan makin pudar, then terus ilang.. Rasa sayang sangat bila dah ilang tu.. huhu.. Kalau sayang, buat la lagi kan.. heheh.. Apa susah.. Saya sedia berkhidmat untuk anda.. =)

Koleksi gambar yang saya ada ni hanyalah gambar betul-betul lepas dicuci.. Warna dia masa oren-oren tu lagi.. Tapi seperti yang saya telah katakan td.. Janganlah risau sebab inai ni akan beransur-ansur jadi warna merah.. Nanti saya cuba snap gambar yang dah jadi kaler merah-merah tu yea..

Gambar ni contoh before and after di cuci.. Gambar after tu pun saya snap betul-betul lepas cuci.. die tak berapa nak merah lagi.. Lagi pun masa ni guna inai yang tak berapa nak merah sangat kaler dia..

Haa.. gambar ni pun saya snap betul-betul lepas cuci.. Tapi inai ni memang betul-betul merah.. Merah pekat warna dia.. Tengokla, lepas cuci pun dah merah kan??

Gambar ni pun snap betul-betul lepas cuci jugak.. heheh.. Oren-oren lagi.. Lama sikit lepas tu dia jadi kaler merah..

So, kepada yang bertanya, ini lah hasilnya lepas dicuci.. Jangan la risau kalau corak kat tangan anda tu kaler oren yea.. sebab dia akan bertukar jadi kaler merah.. Semoga anda berpuas hati! =)


**meenamrina Henna

09 June 2009

Thank You

Thanx to Mahyuni Idris sbb die yang paksa-paksa saya buat blog Henna ni.. hehe.. Paksaan Yunie tu sangat bermakna untuk diri saya.. Akhirnya saya dah ada blog henna saya sendiri yang sebelum ni hanya tumpang di dalam blog Yunie.. Yunie banyak membantu saya selama ni.. Alhamdulillah belum sampai tempoh sebulan sudah ramai yang berminat dengan hasil henna saya yang telah diupload dalam post yang lalu..

Sila layari blog Yunie http://yuniehantaranperkahwinan.blogspot.com/ yang menyediakan perkhidmatan membuat hantaran dan sedia menerima segala tempahan yang berkaitan dengan hiasan-hiasan di Majlis bersejarah anda.. Anda pasti akan teruja dengan hasil tangan yunie membuat bungan dip yang cantik-cantik semuanya.. Thanx again yunie..

p/s: Entry ni semata-mata utk menghargai jasa yunie sblm ni..

03 June 2009

Lagi Design

Gambar-gambar yang saya upload untuk post yang lepas dan post kali ini ialah koleksi dolu-dolu hasil conteng-conteng di masa lapang dan sekadar suka-suka je.. Tak pernah di publish kat mana-mana lagi..walaupun sudah bertahun-tahun lamanya.. Speciall di tayang untuk HENNA RATU SEHARI.. heheh.. Saya jadikan koleksi tersebut sebagai contoh design yang ada untuk anda pilih yea.. Kot-kot la ada yang berkenan di hati.. Bolehlah jadikan sebagai design yang bakal berada di tangan anda kan..? So..sudi-sudilah mencuci mata dengan hasil tangan yang tak seberapa ni.. huhu..


PADAT - Atas Tangan
(CODE: TA_fullMami)

SIMPLE - Atas Tangan
(CODE: TA_norin)

BIASA - Tapak Tangan
(CODE: TT_flat)

PADAT - Atas Tangan
(CODE: TA_snake)

BIASA - Atas Tangan

SIMPLE - Atas Tangan
(CODE: TA_yunie)

SIMPLE - Tapak Tangan
(CODE: TT_norin)

PADAT - Atas Tangan
(CODE: TA_angah)


**meenamrina_henna