home button Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

STICKY NOTE!

BERMINAT DENGAN HASIL KERJA DARI HENNA RATU SEHARI??

DROP BOOKING SEKARANG!! ;)




ASSALAMUALAIKUM..

Saya masih aktif menjalankan service henna di sekitar KUALA LUMPUR buat masa ini..
Tempahan tarikh berinai di buka untuk Bride-to-be sepanjang TAHUN 2014
(OPEN FOR Oktober, November, Disember)!
Jika anda berminat dengan hasil seni Henna Ratu Sehari,
cepat isi booking form dan saya akan segera membalas emel2 anda.. ;)

Harga disertakan mengikut Pakej yang telah disediakan di sini:

Sebarang pertanyaan akan dibalas.
Emelkan ke: am.nkaak@gmail.com

Saya harap anda dapat membuat pilihan yang TEPAT untuk memilih
Henna Artist yang betul2 memuaskan hati di hari berbahagia anda.. ;)

P/S: Kepada Mobile User (online thru Smartphone, tab) sila scroll ke bawah dan click 'view web version' untuk paparan yang jelas.
Thank you.

08 May 2014

2nd Baby Maternity Leave (June-September 2014)

Assalamualaikum..

Maaf yer lama saya menyepi tak update blog.
Sekarang ni asik update personal Instagram jer.
Gambar-gambar henna pun saya update di personal Instagram sahaja.
Saudari semua boleh search hashtag di Instagram


#hennabyamrina

atau

#hennratusehari


OK. sebenarnya nak maklum kat sini, saya akan bercuti sementara mulai June sehingga September 2014.
Insyaallah saya akan beroperasi semula mungkin end of September atau early Oktober.
Akan dimaklumkan kemudia yer ladies.
Due sebenar saya 25 July 2014.
Saya terpaksa rest awal dari due memandangkan keadaan perut yang semakin membesar, dan pergerakan pun makin terbatas. Harap semua memahami situasi saya sekarang. :)

Kepada bakal pengantin untuk bukan Oktober, November dan Disember, anda dialu-alukan untuk membuat tempahan pada bila-bila masa sekali pun.
Hantarkan borang booking di: hennaratuseharibook.blogspot.com
Email anda akan dilayan sepantas mungkin Insyaallah..
Tiba masannya nanti kita bertemu untuk sessi berinai yang dijanjikan.

Doakan keselamatan dan kesihatan saya dan baby.. :)
Terima kasih kepada semua yang support dan minat dengan hasil kerja saya.
Saya sentiasa melakukan yang terbaik buat semua client saya. InsyaAllah..



25 April 2013

Tempahan Henna dibuka Sepanjang 2013

Assalamualaikum..

Mohon maaf dari pihak saya kerana begitu lama meninggalkan blog Henna Ratu Sehari ini.

Walaupun tiada khabar berita dari saya, tapi saya masih menerima tempahan tanpa miss setiap minggu. Alhamdulillah. Rezeki tak pernah putus kerana masih ada yang percaya dan yakin dengan hasil kerja yang diberikan. Terima kasih kepada customer yang bersungguh-sungguh untuk dapatkan khidmat henna dari saya. Saya berbesar hati diatas kepercayaan anda kepada saya.

Ok, dikesempatan ini, memandangkan saya jarang update blog, saya ingin mengumumkan:
TEMPAHAN UNTUK BERINAI (WEDDING HENNA) DARI HENNA RATU SEHARI SEDIA DIBUKA UNTUK BAKAL PENGANTIN DI SEKITAR KUALA LUMPUR INI SEPANJANG TAHUN 2013.

Anda hanya perlu menhantarkan borang tempahan di : hennaratuseharibook.blogspot.com

Segala keterangan anda diperlukan pada ruangan yang telah disediakan di link tersebut.
Harga dan pakej juga telah disediakan di link tersebut.

Setiap emel tempahan yang diterima akan dilayan dalam masa terdekat.

Salam perkenalan dari saya pada yang baru mengunjungi blog ini,
Amrina. (am)

12 September 2012

Henna job after raya.. ;)

Alhamdulillah murah rezeki bulan Syawal ini..
boleh dikatakan hampir full di setiap hujung minggu saya dengan appointment henna..
saya share dengan anda semua gambar-gambar previous henna yang saya dah buat ya..
check it out!


Kepada bakal pengantin yang berminat dengan hasil kerja saya,
dijamin bersih, kemas, halusss..
bolehlah terus fill up booking form di sini:
Saya akan memberikan maklumbalas dengan kadar segera melalui email.. (weekdays)
Service saya terhad hanya untuk anda di sekitar Kuala Lumpur - Shah Alam, Kuala Lumpur - Seri Kembangan, Kuala Lumpur - Putrajaya.
Sebarang pertanyaan bolehlah email ke:
terima kasih


Henna - July - Jalan Klang Lama

Kali ni seronok sangat dapat buatkan henna untuk kawan sendiri..
July..
member satu course di Matriks Penang dulu..
kami lain-lain praktikum lain-lain kuliah..
kenal sebab sama-sama belajar Akaun jer..
kawan atas kawan.. so kami yang agak friendly ni suka berkawan dengan semua orang.. hehe

tak sempat snap gambar masa hari berinai..
sebab agak kelam kabut. haha
gambar yang ada di copy dari gambar op wedding July..
July tag saya, maka saya share lah di sini...
untuk tatapan bakal customer saya.. ;)
tq July.. semoga cepat dpt baby..!




30 July 2012

My First Henna During Ramadhan

Buat pertama kalinya
selama tiga tahun menjalankan service melukis henna
ini adalah kali pertama saya dapat request henna pada bulan puasa..
dan buat pertama kalinya bukan henna untuk nikah atau resepsi..
Henna just for fun request by Dayana..
special for her husband yang sukakan tangannya dihiasi inai bercorak..
Sweet kan?
Jika ada request seperti ini, Insyaallah saya tidak akan menolak..
Perkara yang mulia jika seseorang itu mahu berhias untuk suaminya.. ;)

Actually saya agak terkejut apabila sampai di kediaman Dayana..
rumah bagaikan istana.. ;)
Rupanya Dayana adalah anak kepada somebody..
Bila pulang ke rumah,
buat carian di gugel barulah saya tahu sebenarnya Dayana adalah anak kepada Tan Sri Rozali Ismail..
(i hope Dayana tak keberatan saya cerita di sini--if you read this)
Orangnya sangat humble dan ramah!
Saya langsung tak rasa kekok dengan dia.. ;)
Kalau ada rezeki dan terasa nak pakai henna lagi bgtahu saja..
Insyaallah saya tak keberatan..
Terima Kasih Dayana..
Terima kasih juga kerana berminat dengan Henna Ratu Sehari!





Henna for Vivy Yusof

Assalamualaikum..

Lama pulak rasanya tak update blog..
So, nak update pun cerita yang udah basi..
tapi tak apa, cerita basi pun still menjadi bahan untuk customer review..

Last month saya dapat email from Asma'..
dia email bg pihak kawannya yang nak berinai dan bernikah dalam minggu itu juga..
memang agak last minit..
tapi disebabkan dia email pun atas suggestion one of my previous customer,
dan kebetulan saya free.. maka saya bersetuju..
(i know Asma' before.. time inaikan Sabrina and her sister Surayya..)
She told me that the bride want to wear henna for finger caps only..
maka saya datang dengan sempoi sekali hanya membawa henna sahaja..
But unfortunately pada malam itu saya kena inaikan 12 tangan! huhuhu..
Nasiblah saya bawak inai lebih, dan malangnya saya tak bawak stool untuk lapik tangan.
terpaksa guna stool yang ada di rumah pengantin tu.. huhu
Bakal pengantin pada malam itu ialah Vivy Yusof..
the owner of Fashionvalet.net...
dan 12 tangan yang diinaikan itu adalah team FV kesemuanya dayang-dayang kepada Vivy..
Pada mulanya Vivy memang nak pakai pada finger caps saja..
tapi last minit dia berubah fikiran nak jugak pakai simple henna on her palm itu pun after mintak izin bakal husband dia.. huihui..
teringin nak ada simple design juga sebab tengok other friends pakai cantik!

Alhamdulillah selesai tugas dengan sempurna walaupun menahan sakit teramat sgt..
Untuk pertama kalinya saya demam semasa berinai ni!
Tolak tepi semua kesakitan asalkan dpt menjalankan tugas yang memuaskan si pemakai.. ;)
(picture tak sempat nak snap satu pun sebab xde mood-- demam punya pasal)
so, boleh view picture from vivy's blog.

 Henna in the making for Vivy's friend, Stella

 Vivy's freind

A very simple henna design on Vivy Yusof 's palm

Picture credit from Proudduck

12 June 2012

Exclusive Wedding Henna! --only for my cousin =)

Assalamualaikum..

Berakhir sudah minggu yang memenatkan tapi berbaloi buat wedding planner, 
henna artist dan kerjaya seangkatan dengannya..
Saya, tak dapat nak ambil banyak job..
Terpaksa cancel a lot of request by customer yang berminat dengan hasil kerja henna saya..
gara-gara sibuk melayan karenah sepupu sendiri yang mahu berkawen.. 
(dah selamat jadi isteri orang dah pun)
terpaksa involved 3 days before majlis 
disebabkan dia adalah sepupu sebaya yang paling rapat dengan saya..
so, tolonglah serba sedikit tambah-tambah deco hantaran dia, 
make-up untuk majlis Berkhatam dia, 
and of course dijemput khas untuk menginaikan dia..
fuuhh!!
Henna kali ini adalah bukan calang-calang henna nyaa..
The FIRST AND THE LAST VERSION of henna yang saya buat..
request by cousin yang sangat cerewet, sangat over n kalau boleh dia nak over dari yang lain.. hahaha
kisah disebalik henna yang panjang sampai ke siku adalah bermula pada jam 1.30 PAGI! 
dan siap semuanya pada jam 5.00pagi! bayangkannn..punyala sayang sangat dengan cousin ni..
sanggup bersengkang mata nak bg dia puas hati..
itu pun tak sedar diri nak suruh saya design kat kaki sampai ke betis!
jangan harap saya nak buatkan dengan mata dah terkebil-kebil.. 
tak pasal-pasal pengantin kena marah haritu..
tadak kesian punya pengantin.. tak tahu erti penatkah? haha..
(i cakap gini sbb i ngn dia mmg dah sebati..so, jgn salah faham or pikir i ni teruk k =)
saya tak mau cerita banyak, tengok lah hasil henna budak over ini:

BEFORE: Henna in the making...



AFTER: Hasilnyaaa sangat puas hati! (tak puas hati lagi xtau laa.. siap sampai pukul 5pagi kot!)




Ok, After this saya tak mau ada yang request nak pakai henna macam ni.
Mintak maaf banyak-banyak, jika ada yang berminat or terdetik mahukan design yang panjang-pang begini.
Saya hanya rela hati membuat design sebegini hanya untuk si cousin yang sangat mengada ini =)
Nasihat saya kepada bakal pengantin..
cukuplah sekadar bersederhana sahaja..
lagi simple henna, lagi sweet tangan anda..
lagi sedap mata memandang..
lagi nampak berseri-seri =)


Jika berminat untuk mendapatkan khidmat henna dari saya pada hari bersejarah anda,
cepat-cepat drop booking di sini:
tempahan sentiasa terbuka untuk tahun 2012 ini
Maklumbalas segera akan diberikan. =)




29 May 2012

Hukum Pemakaian Inai/Henna Bercorak

Assalamualaikum..


Saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai hukum dalam post kali ini disebabkan terrrrlalu ramai yang membangkitkan soal hukum HALAL dan HARAM tentang pemakaian inai berlukis.


Rata-rata semakin ramai yang mempertikaikan soal hukum memakai inai bercorak. Terutamanya di FB. Saya nasihatkan sesiapa yang gemar forward, copy and paste soal hukum hakam tanpa sebarang usul periksa itu, hentikanlah! Kerana anda mungkin mendapat dosa yang berlipat ganda jika maklumat yang anda sampaikan itu TIDAK BENAR. TERUTAMANYA yang menyatakan hukum pemakaian inai bercorak ini adalah haram. Lebih besar dosa sekiranya anda MENGHARAMKAN SESUATU YANG HALAL.


SAYA ADA BUKTI YANG KUKUH. Jangan sekadar copy and paste/fwd dari blog-blog yang tak tahu sumber asalnya. Rujuklah pada sumber yang SAHIH! Melukis henna adalah sebahagian daripada sumber rezeki saya. Sebagai seorang ISLAM yang waras, tidak sama sekali berani untuk melakukan kerja yang haram. Nauzubillah.. Negara kita Malaysia telah melantik Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memutuskan soal hukum hakam. Rujuklah pada sumber yang sahih yang telah disediakan. Jangan melulu hanya berpandukan pada seorang uztaz sahaja. Terus menyatakan hukum yang diberikan oleh individu tersebut adalah benar.


Menurut MAJLIS FATWA KEBANGSAAN MALAYSIA:
(sumber:http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak)

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


Maka dengan ini, bertaubatlah kamu sekiranya anda salah seorang yang pernah mengharamkan sesuatu yang halal hukumnya dari segi syarak.


“Hai orang-orang yang beriman: Janganlah kamu mengharamkan yang baik-baik (dari) apa yang Allah telah halalkan buat kamu, dan jangan kamu melewati batas, karena sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang suka melewati batas. Dan makanlah sebagian rezeki yang Allah berikan kepadamu dengan halal dan baik, dan takutlah kamu kepada Allah zat yang kamu beriman dengannya.” (Al-Maidah: 87-88)


Kepada anda diluar sana, tiada persoalan atau keraguan lagi untuk memakai inai bercorak. HENNA RATU SEHARI hanya menghasilkan corak inai berunsurkan tumbuh-tumbuhan/flora sahaja. Sebarang permintaan untuk melukis corak binatang atau unsur pelik-pelik tidak akan dilayan sama sekali. Maaf, saya agak tegas dalam soal hukum ini. DAN hormatilah keputusan saya untuk TIDAK MEMAKAIKAN INAI PADA PENGANTIN LELAKI. Ini adalah keputusan saya atas nasihat suami saya sendiri. Harap Maklum. WALLAHU A'LAM..


28 May 2012

Wedding Henna in May 2012

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Tak putus-putus mendapat tempahan tahun ni..
lagi-lagi bulan cuti sekolah iaitu bulan orang kawen.. ;)
Tapi sayangnya saya terpaksa tolak baaaaanyak tempahan henna sempena cuti sekolah kali ni..
busy dengan preparation kenduri kahwin my cousins..
dua beradik kenduri serentak.. nikah je selang seminggu..
so, last weekend inaikan wife si adik, next week inikan si kakak pulak..
Btw, sempat juga settlekan sorang dua brides pada minggu sebelum cuti sekolah haritu..
jom lah kita tengok pics yang ada..


Bride: Azlina
Date: 24 Mei 2012
Location : rumah saya ;) (kalau datang ke rumah saya, no transportation charge)
Package: B





Bride: Nadia
Date: 25 Mei 2012
Location: Subang Jaya
Package: B




Bride: Azdya (My Cousin's Wife)
Date: 26 Mei 2012
Location: Maran, Pahang
Package: B

Before



After

11 May 2012

Bridal Henna @ Henna Ratu Sehari

Bride: Ain
Date: 10/5/12 (thursday)
Location: Kg Batu Muda Tambahan




Bride: Shazlina
Date: 11/5/12
Location: Seksyen 11, Shah Alam