Post kali ini sangat penting dan harus diambil berat untuk pemakai henna terutamanya anda yang bakal memakai Hennaratusehari ini.. =)
Tips untuk mendapatkan hasil Henna yang KEMAS dan TIDAK COMOT dan HASIL YANG MEMUASKAN HATI:
1) Jangan terlalu gerak-gerakkan tangan dan jari jemari anda.
- kalau boleh keraskan je tangan tu.. memang la lenguh sikit.. tapi tahan la kejap ye.. nak cantik dan kemas kan? mesti sanggup berkorban.. hehe..
2) Memerlukan seorang assistant.
- tujuan assistant ni amat penting untuk tolong garu-garu sikit kalau ada gatal-gatal.. hikhik.. mmg mcm kelakar je bunyinye.. tapi, kalau dah ade henna kat tangan nanti u all tahu lerr.. assistant ni penting untuk pegangkan fon anda apabila ada yang call time tengah berinai, tolong suapkan air..(boleh ke guna perkataan supakan air ni?? mcm xkena je?) kot-kot la time berinai tiba-tiba pengantin dahaga.. senang kata assistant memainkan peranan yang penting!
3) Tunggu sampai inai betul-betul kering.
- henna yang digunakan oleh Hennaratusehari perlu dipakai lebih dari 1 jam. Pastikan inai yang berada ditangan anda itu betul-betul kering kemudian barulah dicuci. Hasilnya sangat berbeza jika pakai kurang dari 1 jam dan dicuci sebelum inai kering.. (sila lihat gambar di bawah).
4) Cuci inai dengan air yang mengalir.
- henna ini akan kering seperti melekat di kulit anda. Haruslah dicuci sambil mengesat perlahan-lahan dengan jari-jemari anda.
5) Jangan terlalu megesat tangan dan jangan terlalu mencuci tangan.
- jangan risau ye untuk tips terakhir ni.. bukan tak boleh cuci langsung, tapi kena control-control sikit sebab henna ni sangat sensitif dan mudah pudar kalau asyik dicuci dan ditenyeh-tenyeh..(guna bahasa kampung senang paham.. sbb sy pn org kampung) hee...
Nampak tak perbezaan warna pada tangan si pemakai? Kalau u all nak tau, warna oren yang pudar tu dipakai dalam masa lebih kurang setengah jam (tak sampai 1 jam).. dan yang warna merah darah tu pula dipakai lebih dari 1 jam.. So, anda sendiri nampak perbezaannya kan?
Ini pula gambar untuk hasil henna pada tapak tangan. Bahagian tapak lebih terang warnanya dan tahan lama berbanding atas tangan. Mungkin tapak tangan kita lebih putih dan jenis kulitnya berbeza berbanding kulit atas tangan. Sesiapa yang biasa memakai henna pasti tahu.
Saya sebagai pelukis henna anda mengucapkan selamat menjaga henna dengan baik dan mengikut setiap tips yang telah diberitahu ini.. Jangan tertinggal satu pn taw.. Penting ni.. Saya happy sangat kalau hasilnya merah, kemas, tak comot dan yang paling penting.. cantik! Anda pn mesti suka jugak kan?? Anda sendiri yang menentukan hasil henna tersebut... =)

No comments:
Post a Comment