14 October 2009

TIPS PENTING dari yang pakar.

Salam semua..

Saya terjumpa TIPS PENTING ni yang saya rasa patut saya postkan di blog henna saya ni.. Sedang asyik membelek-belek blog wedding tiba-tiba terbaca TIPS ni di blog
http://sassyangel-say-i-do.blogspot.com/
Thanks kepada owner blog sebab saya nampak ada link blog Hennaratusehari kat column Designer and Wedding Info.. Very Appreciate It!

Kepada Semua Pembaca yang mahukan inai anda lebih merah dan tahan lama, baca tips ni oke..!

How to make your henna easily apply to your skin and how to make the colour even more shinier, brighter and lovely ... here goes :

1. Make sure to drink a lot of water at least 2 weeks before applying inai. This is to keep the skin moist and easy to apply the henna.

2. Make sure to take a bath first before applying henna.

3. Get ready with a small water spray containing lime and sugar. After finish applying henna, every 5 mins or when the henna feels dry, spray the water to the henna. Repeat applying and spraying for maybe 5-6 hours. depends how long u can stand and stay still. :)

4. After 5-6 hours, scrape off the henna dan lumurkan a few drop of minyak cap kapak to the henna. Minyak cap kapak have this one ingredient that can make the henna's colour stays longer.

5. one more .... dont forget to have ur nails manicure and pedicure first before u put-on the henna. it will make ur henna even more shinier and lovely ... do not get menicure and pedicure after u apply the henna. it will spoil the henna's colour and texture ...


**meenamrina Henna

PROMOSI HEBAT hanya di HENNARATUSEHARI

SALAM BUAT SEMUA PENGUNJUNG HENNARATUSERI...

Hari ini saya ada satu pengumuman nak disampaikan kepada sesiapa sahaja yang bakal menjadi client Hennaratusehari..

Anda akan mendapat 1 TUBE HENNA PERCUMA jika anda confirm menjadi pemakai Hennaratusehari.. =) waa.. best kan?

Syarat-syaratnya:
- tiada syarat! heheh.. yang penting anda adalah bakal ratu sehari yang telah deal dengan saya untuk berinai di malam nikah anda.. =)

Kepada bakal ratu sehari, email saya cepat-cepat untuk set kan masa, tarikh yang sesuai untuk berinai dan yang penting tarikh yang still available..
Kita jumpa di rumah anda, dan dapatkan 1 TUBE HENNA PERCUMA!

Promosi ini tidak akan berakhir selagi stok masih ada.. =)

**meenamrina Henna

Malam Berinai Zie di Pantai Dalam.

Salam..

Kali ni saya nak post tentang appoinment berinai saya pada 7 Oktober yang lepas di Pantai Dalam, dekat-dekat dengan Angkasapuri.. Saya ke rumah ibu saudara kepada Raja Noor Azilah (panggil Zie je) dan berinai di situ sebabnya rumah Zie ni jauh sangat la.. Dekat Kuala Selangor kalau tak silap.. Agak jauh dari KL n Selayang.. Zie memilih sendiri design yang simple untuk tangan dan keliling kaki.. Design dicari sendiri oleh beliau dari internet rasanya..

Ini di antara gambar yang sempat di'snap' setelah siap berinai..

(CODE: TA_zie)

(CODE: KK_zie)
**meenamrina Henna

12 October 2009

Hari Berinai Jannah di Kg Nakhoda

Salam..

Post kali ini mengenai my previous henna appointment di Kampung Nakhoda dekat-dekat Selayang juga. Nama bakal pengantin (pada hari berinai tersebut.. sekarang dah jadi pengantin baru..) ialah Jannah. Selamat Pengantin Baru Kak Jannah. Sebelum saya jumpa Jannah ni dia pernah cakap yang dia mempunyai darah kacukan India. Bila dia bagitau macam tu, saya pun bayangkan dia ni berkulit gelap and muka ala-ala heroin hindustan lah. heheh.. Rupanya-rupanya orangya berkulit putih cerah dan kecil molek.. Tapi, muka ala heroin hindustan tu ada. =) Saya sangat berpuas hati dengan layanan beliau serta keluarga. Tumbs up!

Gambar-gambar yang sempat diambil setelah selesai berinai..

One Set. Tangan dan Kaki.
(CODE: One set Jannah)

Kaki FULL. (sorry gambar blurr)
(CODE: KF_jannah)

Close up Kaki.
(CODE: KF_jannah)

Sebelum dan Selepas atas tangan.
(CODE: TA_jannah)

Sebelum dan Selepas tapak tangan.
(CODE: TT_jannah)

p/s: click pada gambar untuk lihat lebih jelas. thanks.. =)

**meenamrina Henna

Tips Penting buat pemakai Hennaratusehari. (WAJIB BACA!)

Salam buat bakal pemakai Hennaratusehari yang anggun dan berseri-seri memandangkan hari bersejarah anda tu bakal menjeang tiba.. Mesti berdebar-debar kan? hehe.. Diharapkan anda telah membuat persiapan dengan sempurna dan mempunyai perancangan yang rapi.. =)

Post kali ini sangat penting dan harus diambil berat untuk pemakai henna terutamanya anda yang bakal memakai Hennaratusehari ini.. =)

Tips untuk mendapatkan hasil Henna yang KEMAS dan TIDAK COMOT dan HASIL YANG MEMUASKAN HATI:

1) Jangan terlalu gerak-gerakkan tangan dan jari jemari anda.
- kalau boleh keraskan je tangan tu.. memang la lenguh sikit.. tapi tahan la kejap ye.. nak cantik dan kemas kan? mesti sanggup berkorban.. hehe..

2) Memerlukan seorang assistant.
- tujuan assistant ni amat penting untuk tolong garu-garu sikit kalau ada gatal-gatal.. hikhik.. mmg mcm kelakar je bunyinye.. tapi, kalau dah ade henna kat tangan nanti u all tahu lerr.. assistant ni penting untuk pegangkan fon anda apabila ada yang call time tengah berinai, tolong suapkan air..(boleh ke guna perkataan supakan air ni?? mcm xkena je?) kot-kot la time berinai tiba-tiba pengantin dahaga.. senang kata assistant memainkan peranan yang penting!

3) Tunggu sampai inai betul-betul kering.
- henna yang digunakan oleh Hennaratusehari perlu dipakai lebih dari 1 jam. Pastikan inai yang berada ditangan anda itu betul-betul kering kemudian barulah dicuci. Hasilnya sangat berbeza jika pakai kurang dari 1 jam dan dicuci sebelum inai kering.. (sila lihat gambar di bawah).

4) Cuci inai dengan air yang mengalir.
- henna ini akan kering seperti melekat di kulit anda. Haruslah dicuci sambil mengesat perlahan-lahan dengan jari-jemari anda.

5) Jangan terlalu megesat tangan dan jangan terlalu mencuci tangan.
- jangan risau ye untuk tips terakhir ni.. bukan tak boleh cuci langsung, tapi kena control-control sikit sebab henna ni sangat sensitif dan mudah pudar kalau asyik dicuci dan ditenyeh-tenyeh..(guna bahasa kampung senang paham.. sbb sy pn org kampung) hee...

**(Gambar ini tidak di adjust level, curve, or color nya..)

Nampak tak perbezaan warna pada tangan si pemakai? Kalau u all nak tau, warna oren yang pudar tu dipakai dalam masa lebih kurang setengah jam (tak sampai 1 jam).. dan yang warna merah darah tu pula dipakai lebih dari 1 jam.. So, anda sendiri nampak perbezaannya kan?

**(Gambar ini tidak di adjust level, curve, or color nya..)

Ini pula gambar untuk hasil henna pada tapak tangan. Bahagian tapak lebih terang warnanya dan tahan lama berbanding atas tangan. Mungkin tapak tangan kita lebih putih dan jenis kulitnya berbeza berbanding kulit atas tangan. Sesiapa yang biasa memakai henna pasti tahu.

Saya sebagai pelukis henna anda mengucapkan selamat menjaga henna dengan baik dan mengikut setiap tips yang telah diberitahu ini.. Jangan tertinggal satu pn taw.. Penting ni.. Saya happy sangat kalau hasilnya merah, kemas, tak comot dan yang paling penting.. cantik! Anda pn mesti suka jugak kan?? Anda sendiri yang menentukan hasil henna tersebut... =)


**meenamrina Henna

09 October 2009

Kapal Selam baru timbul.. heeee.. =D

Sorry kepada sesiapa yang mengikuti blog ini kerana saya dah laaaama sangat tak update! huhu.. First, sebab agak busy lately.. (busy main game kat facebook ade la..) hehe.. Sorry ye kepada bakal-bakal pengantin yang sedang tercari-cari henna designer, yang sekadar lalu-lalang saje ke blog saya ni, sebab ingatkan servis saya tidak aktif lagi. Ye la, mana tak nya.. Last post bulan JULY! Huh.. Lama jugak tu.. cuma tak berapa ada orang nak berinai time musim bulan puasa & raya haritu.. (mustahil la ada yang nak kahwin masa bulan Ramadhan kan?).. haa.. Sebab tu la saya tak update blog ni.. Dua , tiga bulan jugak tak update. Patut la ada yang ingat saya ni buat servis hangat-hangat taik ayam. Tidak wahai orang-orang ramai di luar sana.. Saya cuma berehat seketika dalam masa dua bulan tu sebabnye masa awal bulan Ogos tu pergi batu pahat untuk convocation degree saya.. Pastu Akhir bulan Ogos dah start puasa sampai la bulan Sept.. then busy beraya pula.. Sempat lagi kot nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN. =)

""Kepada client-client yang lepas, mohon ampun dan maaf kalau ada salah dan silap semasa berinai, tersalah cakap, terkasar bahasa, tersinggung, terdesign tak seperti yang diidamkan, dan segala yang terkurang.. Sesungguhnnya yang tidak sempurna itu datang dari saya.. yang sempurna itu datang dari ALLAH... Mohon Ampun dan Maaf.. =)""

Nantikan gambar-gambar hasil design henna terbaru dari saya ye..

**meenamrina Henna

22 July 2009

Hasil Terbaru

Salam..

Bulan lepas saya sudah mula menggunakan produk henna terbaru. Dan hasilnya amat memuaskan berbanding yang sebelum ni.. Warna henna sangat merah dan menyerlah.. Saya sangat berpuas hati, akhirnya dapat jugak jumpa henna yang merah cenggini.. heheh.. Seperti biasa, bila dah ada henna baru, saya pun mestilah test produk dulu kan.. Kat bawah ni antara gambar-gambar design baru menggunakan henna yang merah menyerlah tu.. Harap-harap anda semua suka sangat dengan hasilnya ye..


BIASA - Tapak Tangan
(CODE:TT_pasley)


Close Up

Inilah hasilnya di tapak tangan.. Merah sangat kan?? lawa kan?? heheh..


Ini pulak hasil henna yang sama atas tangan..
(CODE: TA_dabella)


BIASA - Atas Tangan
(CODE: TA_mama)


PADAT - Atas Tangan
(CODE: TA_mami)

**meenamrina Henna

21 July 2009

NORIN ~ KLANG (17 JULAI 09)

SALAM..

Hehe.. Agak lambat juge update blog kali ni.. haih.. Gara-gara ke-busy-an di opis yang tak dapat dicuri-curi masa untuk update blog.. haha..

Okeylah.. Kali ni nak show off gambar berinai di rumah Norin untuk hari pertunangannya di Klang Jumaat lepas..


Simple - Atas Tangan
(CODE: TA_norin)

(CODE: TA_norin)

Simple - Tapak Tangan
(CODE: TT_norin)

(CODE: TT_norin)



**meenamrina Henna

08 July 2009

Hari-Hari Menyelesaikan Tugas

Salam..

Lama saya tak update blog henna ni.. Agak busy dengan kerja di ofis dan juga busy dengan appoinment Henna Ratu Sehari Customer.. Bulan ni saja ada 4 orang customer.. Syukur sangat..Mungkin rezeki di awal penglibatan dalam bidang ni.. Alhamdulillah..

2 JULAI 09 - huhu.. hari yang agak tough bagi saya.. Saya perlu bergegas dari Shah Alam ke Selayang dalam satu malam.. Sampai di Shah Alam pukul 8.00. Agak awal saya sampai kat rumah Kak Julie.. Nak kejar masa maa.. heheh.. dan yang penting..saya berpuas hati dengan hasil kerja saya dengan Kak Julie.. Dah siap semua, cepat-cepat bergegas ke Selayang, rumah Kak Rose pulak.. nasib baik Selayang kan?? dekat dengan rumah saya.. tak de la nak berulang-alik sini sana.. heheh.. Tu pun sampai rumah Kak Rose da lewat da.. Dalam pukul 10.30 camtu.. Siap berinai, saya pun pulang ke rumah.. huhu.. lewat jugak la balik malam tu.. Tapi syukur la semuanya selesai dengan sempurna.. Lepas ni perlu dipertimbangkan la kalau-kalau ada yang ter'clash' date nak berinai.. so sorry kawan-kawan.. sebab saya tak suka tergesa-gesa.. nanti saya jd kelam kabut... heheh.. kalau boleh, saya nak buat yang terbaik, yang cantik-cantik tanpa tegangan masa.. barula kerja jadi lancar..

4 JULAI 09 - 2nd service untuk orang yang sama.. Kak Lina Shah Alam yang telah saya inaikan tempoh hari meminta saya menginaikan dia buat kali kedua untuk majlis bertandang pula. Sampai rumah Kak Lina lewat sikit dari masa yang djijanjikan.. Sorry Kak Lina.. Tiba-tiba ada emergency case hari tu yang tak diduga.. haih.. Alhamdulillah masa saya ke rumah Mertua Kak Lina masih ramai tetamu-tetamu dan sedara mara husband dia.. Ramai yang meminta untuk diinaikan malam tu.. Gambar tak sempat nak capture.. huhu..

7 JULAI 09 - Lepas balik kerja terus ke Klang, rumah Kak Lina. Lina lagi kan.. heheh.. Jauh juge Klang ni rupenye.. adeh.. Seronok sangat la berinai dengan Kak Lina dan adiknya yang peramah ni.. Yang tak berapa best, cuaca buruk lak malam tu.. Terpaksa tunggu hujan renyai baru boleh balik... Tapi sedihnye hujan tak reda pun dari klang sampai selayang tu.. huhu..

17 JULAI 09 - COMING SOON... Norin di Klang yang akan berinai untuk Majlis Pertunangannya...

Hurm.. cenggitu la sikit-sikit kisah saya lalui sepanjang menginaikan 4 orang customer yang sporting-sporting semuanya.. Saya enjoy sangat.. Nak tengok gambar ade kat bawah ni kay!..

...................................

KAK JULIE - SHAH ALAM (2 JULAI 09)

Henna untuk Kak Julie in the making...


Atas tangan Kak Julie yang telah siap diinaikan...


Biasa - Atas Tangan
(CODE: TA_julie)


Kaki - Atas
(CODE: KA_julie)


Bergambar kenang-kenangan dengan Kak Julie..
heheh..
Agak tersorok lak kat belakang Kak Julie..

~SELAMAT PENGANTIN BARU KAK JULIE & HUSBAND~

.................................

KAK ROSE - SELAYANG (2 JULAI 09)

Henna untuk Kak Rose in the making...


Atas Tangan Kak Rose siap! hehe..
(CODE: TA_rose)

Biasa - Atas Tangan
(CODE: TA_rose)

Henna Atas Kaki Kak Rose
(CODE: KA_rose)


Kaki - Atas
(CODE: KA_rose)




Bergambar dengan Kak Rose..
Muka kepenatan.. huhu.. Masa ni dah pukul 1pagi..

~SELAMAT PENGANTIN BARU KAK ROSE & HUSBAND~

..............................................

KAK LINA - KLANG (7 JULAI 09)

Henna untuk Kak Lina in the making..
Saya suka sangat berinai kat Kak Lina ni..
Sempoi je orangnye..
=)


Padat - Atas Tangan
(CODE: TA_lina)

Henna di tapak tangan Kak Lina
(CODE: TT_lina)

Padat - Tapak Tangan
(CODE: TT_lina)

Padat - Kaki Atas & keliling
(CODE: KF_lina)

Pandangan dari tepi henna kaki Kak Lina
(CODE: KF_lina)

Ni pulak henna yang dilukis kat tangan adik Kak Lina..
Same design dengan Kak Julie hari tu..
Biasa - Atas Tangan
(CODE: TA_julie)

Ni la Kak Lina yang sempoi tu.. =)

~SELAMAT PENGANTIN BARU KAK LINA & HUSBAND~

29 June 2009

Hari Test Product

Minggu lepas saya saja-saja nak test inai yang dah saya beli.. Saja nak tengok kaler inai tu betul-betul merah ke tak..tahan lama ke tak.. Hurm.. Hasilnya memuaskan hati saya dan pemakai.. Di antara orang yang telah menjadi mangsa untuk test inai tu ialah: Syaszy, Mak Usu dan saya sendiri.. heheh..

Syaszy mintak nak buat corak lingkar lilit-lilit tangan dia.. Layan ajelahh.. heheh..

Biasa Atas Tangan
(CODE: TA_usu)

Biasa Atas Tangan
(CODE: TA_pasleyflower)

Close up
(CODE: TA_pasleyflower)


**meenamrina Henna