home button Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

STICKY NOTE!

BERMINAT DENGAN HASIL KERJA DARI HENNA RATU SEHARI??

DROP BOOKING SEKARANG!! ;)




ASSALAMUALAIKUM..

Saya masih aktif menjalankan service henna di sekitar KUALA LUMPUR buat masa ini..
Tempahan tarikh berinai di buka untuk Bride-to-be sepanjang TAHUN 2014
(OPEN FOR Oktober, November, Disember)!
Jika anda berminat dengan hasil seni Henna Ratu Sehari,
cepat isi booking form dan saya akan segera membalas emel2 anda.. ;)

Harga disertakan mengikut Pakej yang telah disediakan di sini:

Sebarang pertanyaan akan dibalas.
Emelkan ke: am.nkaak@gmail.com

Saya harap anda dapat membuat pilihan yang TEPAT untuk memilih
Henna Artist yang betul2 memuaskan hati di hari berbahagia anda.. ;)

P/S: Kepada Mobile User (online thru Smartphone, tab) sila scroll ke bawah dan click 'view web version' untuk paparan yang jelas.
Thank you.

08 December 2009

Fara | 14/11/09 | Puchong - Wedding

This is my first time pergi berinai waktu pagi.. Hari yang sama merupakan hari pernikahan Fara.. hehe.. Terpaksa berinai masa hari nikah juga sebabnya terclash date berinai malam sebelumnya dengan Zie di Klang 13/11/09, Jumaat malam.. Gambar berinai Zie tak sempat nak amik.. Nak rush sangat malam tu.. Many sorry ya zie.. Mujurla majlis nikah Fara dibuat selepas Asar.. Jadi saya pun datang ke rumah Fara pagi-pagi untuk berinai..siap ada breakfast lagi tu.. Thanks Fara..

Atas Tangan : (CODE : TA_fara)
Atas Kaki + Keliling Kaki : (CODE : KKA_fara)

(ONE SET : TA_fara + KKA_fara)

Zatul | 30/10/09 | Seremban - Wedding

Seremban?? Tapi kat blog tulis area Lembah Klang sahaje? haa.. Ini la customer paling special sebab dari jauh die book saya untuk berinai.. Dengan pujuk rayunya, kerana terlalu mahukan hennaratusehari, nak tak nak saya terima dengan hati yang terbuka.. =) Kebetulan appoinment dengan Zatul ni hari Jumaat.. Sabtu dan Ahad tak kerja, so bolehla berinai jauh sikit.. Kalau esoknya hari kerja, mungkin saya tak dapat nak accept.. Risau penat time kat ofis nanti.. huhu..
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. Rumah Zatul pun senang cari.. dekat dengan bandar Seremban.. Tapi kami terpaksa lalu jalan jauh sebab malam tu jalan utama bandar Seremban ditutup sebab ada Konsert Pertabalan Yang Di-Pertua N9.. Nasib baik tak sesat. phuh..
Jom tengok hasil berinai Zatul jom..

(CODE : TA_zatul)

(CODE : TA_zatul)

(CODE : TT_zatul)

(CODE : TT_zatul)

(CODE : KKA_zatul)

(ONE SET : TA_zatul + TT_zatul + KKA_zatul)


Kalau ada yang perasan, design henna pada Zatul ni sama dengan design pada Zie di Pandai Dalam sebelum ni.. Zatul pilih design yang sama sebab nampak cantik dan simple.. =)

Herni | 15/10/09 | Shah Alam - Wedding

Salam..

Sebenarnya dah dua bulan saya berinai di rumah Erni.. huhu.. Disebabkan saya ni terlampau busy mengalahkan artis, haha..sebab tu la tidak sempat nak update entry appointment berinai secara fresh seperti keluar dari ladang tu.. huuhuu.. Sorry Erni, dah dua bulan bergelar isteri baru keluar gambar berinai Erni kat sini..

Erni diantara customer yang telah booking berinai awal-awal dengan saya.. Bagus. Customer mcm ni la yang saya suka.. heheh.. Sangat seronok tengok hasil-hasil hantaran, bunga telur yang semuanya dibuat sendiri oleh pengantin.. Sangat kreatif.. Sedikit sebanyak dapat memberikan idea kepada saya, sebab saya pun berminat buat hantaran dan bunga telur sendiri ni.. Semasa berinai tu, kami banyak sangat berkongsi idea.. Boleh dikatakan kesemua keperluan wedding Erni ni dia order dari blogger-blogger je.. Senang kan zaman sekarang? Semua boleh dilaksanakan tanpa perlu berjalan jauh-jauh.. Thanks Erni, sebab tidak lokek berkongsi idea dengan saya.. =)

Tak mau bercerita panjang lebar, mari la kita tengok gambar hasil berinai untuk Erni ni ye..

(CODE : TA_erni)

(CODE : TA_erni)

(CODE : KK_erni)

(ONE SET : TA_erni + KK_erni)

06 December 2009

JARANG UPDATE BLOG

Salam..

Saya memohon maaf kerana jarang menga'update' blog.. huhu.. Hari-hari yang busy, bulan yang busy and actually SAYA yang sedikit busy.. Tiada masa yang terluang nak edit-edit gambar henna yang makin hari makin memenuhkan memory handphone saya tu.. huhu.. saya cuma guna camera phone je yang mudah dibawa kemana-mana pun..

Para pengunjung blog hennaratusehari di harap setia menunggu
koleksi design terbaru dari saya yang akan di'update' as soon as possible.. Kebanyakan design bertemakan paisley flower.. I just loveeeee paisley flower nowadays! Tengok background blog ni pun u all da tau kan? heheh..

Tempahan date berinai untuk tahun 2010 sudah dibuka sekarang ye.. jadi sesiapa yang bakal menjadi ratu sehari pada tahun depan, sila la jangan segan silu meninggalkan details tempahan kepada saya.. Jangan tunggu-tunggu lagi sebelum date berinai anda diambil orang lain.. heheh..

14 October 2009

TIPS BERINAI.. PENTING!

Salam semua..

Saya terjumpa TIPS PENTING ni yang saya rasa patut saya postkan di blog henna saya ni.. Sedang asyik membelek-belek blog wedding tiba-tiba terbaca TIPS ni di blog
http://sassyangel-say-i-do.blogspot.com/
Thanks kepada owner blog sebab saya nampak ada link blog Hennaratusehari kat column Designer and Wedding Info.. Very Appreciate It!

Kepada Semua Pembaca yang mahukan inai anda lebih merah dan tahan lama, baca tips ni oke..!

How to make your henna easily apply to your skin and how to make the colour even more shinier, brighter and lovely ... here goes :

1. Make sure to drink a lot of water at least 2 weeks before applying inai. This is to keep the skin moist and easy to apply the henna.

2. Make sure to take a bath first before applying henna.

3. Get ready with a small water spray containing lime and sugar. After finish applying henna, every 5 mins or when the henna feels dry, spray the water to the henna. Repeat applying and spraying for maybe 5-6 hours. depends how long u can stand and stay still. :)

4. After 5-6 hours, scrape off the henna dan lumurkan a few drop of minyak cap kapak to the henna. Minyak cap kapak have this one ingredient that can make the henna's colour stays longer.

5. one more .... dont forget to have ur nails manicure and pedicure first before u put-on the henna. it will make ur henna even more shinier and lovely ... do not get menicure and pedicure after u apply the henna. it will spoil the henna's colour and texture ...


PROMOSI HEBAT hanya di HENNARATUSEHARI

SALAM BUAT SEMUA PENGUNJUNG HENNARATUSERI...

Hari ini saya ada satu pengumuman nak disampaikan kepada sesiapa sahaja yang bakal menjadi client Hennaratusehari..

Anda akan mendapat 1 TUBE HENNA PERCUMA jika anda confirm menjadi pemakai Hennaratusehari.. =) waa.. best kan?

Syarat-syaratnya:
- tiada syarat! heheh.. yang penting anda adalah bakal ratu sehari yang telah deal dengan saya untuk berinai di malam nikah anda.. =)

Kepada bakal ratu sehari, email saya cepat-cepat untuk set kan masa, tarikh yang sesuai untuk berinai dan yang penting tarikh yang still available..
Kita jumpa di rumah anda, dan dapatkan 1 TUBE HENNA PERCUMA!

Promosi sah sehingga penghujung tahun 2009 .. =)

Malam Berinai Zie di Pantai Dalam.

Salam..

Kali ni saya nak post tentang appoinment berinai saya pada 7 Oktober yang lepas di Pantai Dalam, dekat-dekat dengan Angkasapuri.. Saya ke rumah ibu saudara kepada Raja Noor Azilah (panggil Zie je) dan berinai di situ sebabnya rumah Zie ni jauh sangat la.. Dekat Kuala Selangor kalau tak silap.. Agak jauh dari KL n Selayang.. Zie memilih sendiri design yang simple untuk tangan dan keliling kaki.. Design dicari sendiri oleh beliau dari internet rasanya..

Ini di antara gambar yang sempat di'snap' setelah siap berinai..

(CODE: TA_zie)

(CODE: KK_zie)

12 October 2009

Hari Berinai Jannah di Kg Nakhoda

Salam..

Post kali ini mengenai my previous henna appointment di Kampung Nakhoda dekat-dekat Selayang juga. Nama bakal pengantin (pada hari berinai tersebut.. sekarang dah jadi pengantin baru..) ialah Jannah. Selamat Pengantin Baru Kak Jannah. Sebelum saya jumpa Jannah ni dia pernah cakap yang dia mempunyai darah kacukan India. Bila dia bagitau macam tu, saya pun bayangkan dia ni berkulit gelap and muka ala-ala heroin hindustan lah. heheh.. Rupanya-rupanya orangya berkulit putih cerah dan kecil molek.. Tapi, muka ala heroin hindustan tu ada. =) Saya sangat berpuas hati dengan layanan beliau serta keluarga. Tumbs up!

Gambar-gambar yang sempat diambil setelah selesai berinai..

One Set. Tangan dan Kaki.
(CODE: One set Jannah)

Kaki FULL. (sorry gambar blurr)
(CODE: KF_jannah)

Close up Kaki.
(CODE: KF_jannah)

Sebelum dan Selepas atas tangan.
(CODE: TA_jannah)

Sebelum dan Selepas tapak tangan.
(CODE: TT_jannah)

p/s: click pada gambar untuk lihat lebih jelas. thanks.. =)

Tips Penting Semasa Berinai dari Hennaratusehari. (WAJIB BACA!)

Salam buat bakal pemakai Hennaratusehari yang anggun dan berseri-seri memandangkan hari bersejarah anda tu bakal menjeang tiba.. Mesti berdebar-debar kan? hehe.. Diharapkan anda telah membuat persiapan dengan sempurna dan mempunyai perancangan yang rapi.. =)

Post kali ini sangat penting dan harus diambil berat untuk pemakai henna terutamanya anda yang bakal memakai Hennaratusehari ini.. =)

Tips untuk mendapatkan hasil Henna yang KEMAS dan TIDAK COMOT dan HASIL YANG MEMUASKAN HATI:

1) Jangan terlalu gerak-gerakkan tangan dan jari jemari anda.
- kalau boleh keraskan je tangan tu.. memang la lenguh sikit.. tapi tahan la kejap ye.. nak cantik dan kemas kan? mesti sanggup berkorban.. hehe..

2) Memerlukan seorang assistant.
- tujuan assistant ni amat penting untuk tolong garu-garu sikit kalau ada gatal-gatal.. hikhik.. mmg mcm kelakar je bunyinye.. tapi, kalau dah ade henna kat tangan nanti u all tahu lerr.. assistant ni penting untuk pegangkan fon anda apabila ada yang call time tengah berinai, tolong suapkan air..(boleh ke guna perkataan supakan air ni?? mcm xkena je?) kot-kot la time berinai tiba-tiba pengantin dahaga.. senang kata assistant memainkan peranan yang penting!

3) Tunggu sampai inai betul-betul kering.
- henna yang digunakan oleh Hennaratusehari perlu dipakai lebih dari 1 jam. Pastikan inai yang berada ditangan anda itu betul-betul kering kemudian barulah dicuci. Hasilnya sangat berbeza jika pakai kurang dari 1 jam dan dicuci sebelum inai kering.. (sila lihat gambar di bawah).

4) Cuci inai dengan air yang mengalir.
- henna ini akan kering seperti melekat di kulit anda. Haruslah dicuci sambil mengesat perlahan-lahan dengan jari-jemari anda.

5) Jangan terlalu megesat tangan dan jangan terlalu mencuci tangan.
- jangan risau ye untuk tips terakhir ni.. bukan tak boleh cuci langsung, tapi kena control-control sikit sebab henna ni sangat sensitif dan mudah pudar kalau asyik dicuci dan ditenyeh-tenyeh..(guna bahasa kampung senang paham.. sbb sy pn org kampung) hee...

**(Gambar ini tidak di adjust level, curve, or color nya..)

Nampak tak perbezaan warna pada tangan si pemakai? Kalau u all nak tau, warna oren yang pudar tu dipakai dalam masa lebih kurang setengah jam (tak sampai 1 jam).. dan yang warna merah darah tu pula dipakai lebih dari 1 jam.. So, anda sendiri nampak perbezaannya kan?

**(Gambar ini tidak di adjust level, curve, or color nya..)

Ini pula gambar untuk hasil henna pada tapak tangan. Bahagian tapak lebih terang warnanya dan tahan lama berbanding atas tangan. Mungkin tapak tangan kita lebih putih dan jenis kulitnya berbeza berbanding kulit atas tangan. Sesiapa yang biasa memakai henna pasti tahu.

Saya sebagai pelukis henna anda mengucapkan selamat menjaga henna dengan baik dan mengikut setiap tips yang telah diberitahu ini.. Jangan tertinggal satu pn taw.. Penting ni.. Saya happy sangat kalau hasilnya merah, kemas, tak comot dan yang paling penting.. cantik! Anda pn mesti suka jugak kan?? Anda sendiri yang menentukan hasil henna tersebut... =)

09 October 2009

Kapal Selam baru timbul.. heeee.. =D

Sorry kepada sesiapa yang mengikuti blog ini kerana saya dah laaaama sangat tak update! huhu.. First, sebab agak busy lately.. (busy main game kat facebook ade la..) hehe.. Sorry ye kepada bakal-bakal pengantin yang sedang tercari-cari henna designer, yang sekadar lalu-lalang saje ke blog saya ni, sebab ingatkan servis saya tidak aktif lagi. Ye la, mana tak nya.. Last post bulan JULY! Huh.. Lama jugak tu.. cuma tak berapa ada orang nak berinai time musim bulan puasa & raya haritu.. (mustahil la ada yang nak kahwin masa bulan Ramadhan kan?).. haa.. Sebab tu la saya tak update blog ni.. Dua , tiga bulan jugak tak update. Patut la ada yang ingat saya ni buat servis hangat-hangat taik ayam. Tidak wahai orang-orang ramai di luar sana.. Saya cuma berehat seketika dalam masa dua bulan tu sebabnye masa awal bulan Ogos tu pergi batu pahat untuk convocation degree saya.. Pastu Akhir bulan Ogos dah start puasa sampai la bulan Sept.. then busy beraya pula.. Sempat lagi kot nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN. =)

""Kepada client-client yang lepas, mohon ampun dan maaf kalau ada salah dan silap semasa berinai, tersalah cakap, terkasar bahasa, tersinggung, terdesign tak seperti yang diidamkan, dan segala yang terkurang.. Sesungguhnnya yang tidak sempurna itu datang dari saya.. yang sempurna itu datang dari ALLAH... Mohon Ampun dan Maaf.. =)""

Nantikan gambar-gambar hasil design henna terbaru dari saya ye..

**meenamrina Henna