home button Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

STICKY NOTE!

BERMINAT DENGAN HASIL KERJA DARI HENNA RATU SEHARI??

DROP BOOKING SEKARANG!! ;)




ASSALAMUALAIKUM..

Saya masih aktif menjalankan service henna di sekitar KUALA LUMPUR buat masa ini..
Tempahan tarikh berinai di buka untuk Bride-to-be sepanjang TAHUN 2014
(OPEN FOR Oktober, November, Disember)!
Jika anda berminat dengan hasil seni Henna Ratu Sehari,
cepat isi booking form dan saya akan segera membalas emel2 anda.. ;)

Harga disertakan mengikut Pakej yang telah disediakan di sini:

Sebarang pertanyaan akan dibalas.
Emelkan ke: am.nkaak@gmail.com

Saya harap anda dapat membuat pilihan yang TEPAT untuk memilih
Henna Artist yang betul2 memuaskan hati di hari berbahagia anda.. ;)

P/S: Kepada Mobile User (online thru Smartphone, tab) sila scroll ke bawah dan click 'view web version' untuk paparan yang jelas.
Thank you.

29 May 2012

Hukum Pemakaian Inai/Henna Bercorak

Assalamualaikum..


Saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai hukum dalam post kali ini disebabkan terrrrlalu ramai yang membangkitkan soal hukum HALAL dan HARAM tentang pemakaian inai berlukis.


Rata-rata semakin ramai yang mempertikaikan soal hukum memakai inai bercorak. Terutamanya di FB. Saya nasihatkan sesiapa yang gemar forward, copy and paste soal hukum hakam tanpa sebarang usul periksa itu, hentikanlah! Kerana anda mungkin mendapat dosa yang berlipat ganda jika maklumat yang anda sampaikan itu TIDAK BENAR. TERUTAMANYA yang menyatakan hukum pemakaian inai bercorak ini adalah haram. Lebih besar dosa sekiranya anda MENGHARAMKAN SESUATU YANG HALAL.


SAYA ADA BUKTI YANG KUKUH. Jangan sekadar copy and paste/fwd dari blog-blog yang tak tahu sumber asalnya. Rujuklah pada sumber yang SAHIH! Melukis henna adalah sebahagian daripada sumber rezeki saya. Sebagai seorang ISLAM yang waras, tidak sama sekali berani untuk melakukan kerja yang haram. Nauzubillah.. Negara kita Malaysia telah melantik Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memutuskan soal hukum hakam. Rujuklah pada sumber yang sahih yang telah disediakan. Jangan melulu hanya berpandukan pada seorang uztaz sahaja. Terus menyatakan hukum yang diberikan oleh individu tersebut adalah benar.


Menurut MAJLIS FATWA KEBANGSAAN MALAYSIA:
(sumber:http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak)

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


Maka dengan ini, bertaubatlah kamu sekiranya anda salah seorang yang pernah mengharamkan sesuatu yang halal hukumnya dari segi syarak.


“Hai orang-orang yang beriman: Janganlah kamu mengharamkan yang baik-baik (dari) apa yang Allah telah halalkan buat kamu, dan jangan kamu melewati batas, karena sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang suka melewati batas. Dan makanlah sebagian rezeki yang Allah berikan kepadamu dengan halal dan baik, dan takutlah kamu kepada Allah zat yang kamu beriman dengannya.” (Al-Maidah: 87-88)


Kepada anda diluar sana, tiada persoalan atau keraguan lagi untuk memakai inai bercorak. HENNA RATU SEHARI hanya menghasilkan corak inai berunsurkan tumbuh-tumbuhan/flora sahaja. Sebarang permintaan untuk melukis corak binatang atau unsur pelik-pelik tidak akan dilayan sama sekali. Maaf, saya agak tegas dalam soal hukum ini. DAN hormatilah keputusan saya untuk TIDAK MEMAKAIKAN INAI PADA PENGANTIN LELAKI. Ini adalah keputusan saya atas nasihat suami saya sendiri. Harap Maklum. WALLAHU A'LAM..


28 May 2012

Wedding Henna in May 2012

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Tak putus-putus mendapat tempahan tahun ni..
lagi-lagi bulan cuti sekolah iaitu bulan orang kawen.. ;)
Tapi sayangnya saya terpaksa tolak baaaaanyak tempahan henna sempena cuti sekolah kali ni..
busy dengan preparation kenduri kahwin my cousins..
dua beradik kenduri serentak.. nikah je selang seminggu..
so, last weekend inaikan wife si adik, next week inikan si kakak pulak..
Btw, sempat juga settlekan sorang dua brides pada minggu sebelum cuti sekolah haritu..
jom lah kita tengok pics yang ada..


Bride: Azlina
Date: 24 Mei 2012
Location : rumah saya ;) (kalau datang ke rumah saya, no transportation charge)
Package: B





Bride: Nadia
Date: 25 Mei 2012
Location: Subang Jaya
Package: B




Bride: Azdya (My Cousin's Wife)
Date: 26 Mei 2012
Location: Maran, Pahang
Package: B

Before



After

11 May 2012

Bridal Henna @ Henna Ratu Sehari

Bride: Ain
Date: 10/5/12 (thursday)
Location: Kg Batu Muda Tambahan




Bride: Shazlina
Date: 11/5/12
Location: Seksyen 11, Shah Alam


05 May 2012

With love from Henna Ratu Sehari

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua client yg sudi memilih khidmat henna dari Henna Ratu Sehari..

Maaf jika terdapat kesulitan, kekurangan dari pihak saya..

Semoga anda berpuas hati dengan hasil henna yang telah dilaksanakan untuk majlis bersejarah anda..

Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia bersama keluarga tercinta.. ;)

with LOVE,
Amrina

















Henna on hand and keliling kaki for Ratna @ Puncak Alam

Today kerja di pagi Sabtu..
Thank you Ratna..
Selamat bertandang n Selamat Pengantin baru.. ;)

08 March 2012

HENNA by Amrina... with love ;)


Henna for Lela | Hulu Langat | 24.12.2011






**Picture taken from Lela FB with her permission. ;) TQ Lela..

view more picture HERE!

BERMINAT DENGAN HASIL KERJA SAYA?? DROP BOOKING SEKARANG!! ;)

ASSALAMUALAIKUM..

Saya masih aktif menjalankan service henna di sekitar KUALA LUMPUR buat masa ini..
Tempahan tarikh berinai di buka untuk Bride-to-be TAHUN 2012!
Jika anda berminat dengan hasil seni Henna Ratu Sehari,
cepat isi booking form dan saya akan segera membalas emel2 anda.. ;)

Harga disertakan mengikut Pakej yang telah disediakan di sini:

Sebarang pertanyaan akan dibalas.
Emelkan ke: am.nkaak@gmail.com

Saya harap anda dapat membuat pilihan yang TEPAT untuk memilih
Henna Artist yang betul2 memuaskan hati di hari berbahagia anda.. ;)

27 September 2011

TEMPAHAN MASIH DIBUKA

Salam..

Buat bakal pengantin di luar sana.. Saya masih menerima tempahan henna untuk bulan Oktober 2011 dan bulan-bulan yang mendatang.. Just drop your booking details di sini yer ---> http://hennaratuseharibook.blogspot.com/

Saya ada mood jer update blog ni..huhu(maafkan saya).. Tapi service still jalan taw.. Untuk melihat koleksi gambar henna hasil kerja tangan saya boleh refer di sini ---> Henna by AMRINA

Thanks kepada yang berminat dgn hasil kerja saya.. and many thanks kepada yang telahpun menjadi customer Henna Ratu Sehari.. Semoga anda berpuas hati dengan hasil kerja saya yang tak seberapa tuuu... ;)



Salam sayang dari saya..

30 May 2011

HENNA - MIMIE KUSYA | 20 MEI 2011


Mimie Kusya adalah kenalan se-universiti.. Kami belajar di UTHM, Batu Pahat.. Tapi kami xpernah bertegur pun mase kat sane.. hehe.. Fakulti lain2.. Kampus pun lain2.. Kami kenal pun dari Frienster jer.. zaman tu FS la famous kan.. Sekarang ni FB jer.. So, dari FB jugak Mimie tau saya buat henna untuk wedding.. dan di FB jugak die booking dgn saya untuk lukiskan henna untuk wedding die.. Sangat xsangka okeh, Mimie yg ramai kenalan tu pilih saya jugak.. ramai jgk mutual friend Mimie add saya lepas dia tag gambar henna.. huhu.. Mesti bride-to-be je yg add tu pun.. hehe.. ape pun saya accept semua.. ;)


I'M BACK!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah buat pertama kalinya untuk tahun ni saya update blog. Sudah bulan Mei rupanya.. esok lusa dah masuk June! Masya Allah..lama sungguh saya meninggalkan blog ni bersawang berserabut.. huhu.. Maafkan saya..

Okeh! Dengan sukacitanya saya ingin maklumkan di sini, SAYA SUDAH PUN MEMULAKAN TUGAS MELUKIS HENNA MULAI MEI haritu seperti yang dijanjikan sebelum ini.. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan hidup selepas selamat melahirkan baby girl yg cukup sempurna di mata kami.. Sejak pregnant cik baby dah ikut mama die pergi buat henna ni..tp mase tu die dalam perut lagi kan.. sekarang dah lahir pun die still ikut jugak.. Tak boleh tinggal la buah hati mama n papa.. Encik suami pun takde la boring tunggu sorang2 time saya berinai mcm sebelum2 ni.. papa dah ade teman untuk bermain, berborak.. ;) Alhamdulillah Allah telah berikan kami anak yang sihat, behave dan mudah di bawa ke mana sahaja.. Harap Allah kekalkan kesenangan ini kepada kami untuk meneruskan kerja sampingan buat kami sekeluarga.. Amin...

Kepada bakal-bakal pengantin di luar sana, tempahan untuk henna di majlis tunang, nikah, sanding masih di buka untuk tahun 2011. Untuk cuti sekolah bulan June ni pun masih available.. Cepat-cepat hantarkan borang tempahan yang terdapat di http://hennaratuseharibook.blogspot.com/. Saya akan memberikan maklumbalas segera kepada anda.

Bagi yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, tempahan dari anda amatlah dialu-alukan.. Buat masa ini, saya hanya cover sekitar Kuala Lumpur sahaja.. Memandangkan cik baby masih kecik, masa yang ada terhad. Tak dapat nak pegi jauh-jauh melainkan sekitar Kuala Lumpur sahaja.. Sorry yer.. Harap maklum.

Cepat-cepat hantar tempahan yer!
1st come, 1st serve..
Selamat membuat persiapan perkahwinan.. ;)