home button Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

STICKY NOTE!

BERMINAT DENGAN HASIL KERJA DARI HENNA RATU SEHARI??

DROP BOOKING SEKARANG!! ;)




ASSALAMUALAIKUM..

Saya masih aktif menjalankan service henna di sekitar KUALA LUMPUR buat masa ini..
Tempahan tarikh berinai di buka untuk Bride-to-be sepanjang TAHUN 2014
(OPEN FOR Oktober, November, Disember)!
Jika anda berminat dengan hasil seni Henna Ratu Sehari,
cepat isi booking form dan saya akan segera membalas emel2 anda.. ;)

Harga disertakan mengikut Pakej yang telah disediakan di sini:

Sebarang pertanyaan akan dibalas.
Emelkan ke: am.nkaak@gmail.com

Saya harap anda dapat membuat pilihan yang TEPAT untuk memilih
Henna Artist yang betul2 memuaskan hati di hari berbahagia anda.. ;)

P/S: Kepada Mobile User (online thru Smartphone, tab) sila scroll ke bawah dan click 'view web version' untuk paparan yang jelas.
Thank you.

07 October 2010

LAST MINIT PUNYA CONFIRMATION

SALAM..

Tajuk post kali ni sangat-sangat penting buat sesiapa yang telah email, send booking form kepada saya.. Untuk makluman cik cik bakal pengantin semua, maaf taw sebab saya terpaksa bagi feedback or confirmation last minit ni di atas sebab-sebab tertentu yang xdapat dielakkan.. So, hari ni saya nak bongkarkan kat semua yang tertunggu-tunggu emel dari saya tu kenapa saya bagi feedback "LAST MINIT"..

PERTAMANYA: Saya hanya boleh beroperasi ke mana-mana bersama suami sahaja.. sebabnye saye xde lesen.. huhu.. kesian kan.. Ade pun lesen L je.. dah setahun pegang lesen L sampai sekaragn xjadi P lg.. nak sambung kelas L pun xde masa.. punya lah busy.. haih~ so, kemana sahaja saya memerlukan driver iaitu suami tercinta.. sebab die je yang setia nak teman saya ke mana pun..

KEDUA: dah kena bergerak kesana kemari dengan suami, terpaksalah pulak tunggu time yang die free.. Alhamdulillah setakat ni suami saya xde lg kena hantaq p outstation jauh2.. kalau x, pening la saya nak cari pengganti driver nak bwk p rumah berinai.. huhu..

KETIGA: Faktor kesihatan. baru2 ni saya dilanda alahan 1st trimester kandungan anak pertama.. Alhamdulillah rezeki lepas kahwin terus dpt baby.. Sekarang dah beransur pulih.. alahan pun dah hampir takde.. tapi kena jugak jaga kesihatan diri and org tua2 xbagi sangat saya jalan jauh2 lagi2 keluar malam.. nak buat cemane kan? mmg saya free time malam je.. n time malam la org pakai inai.. haih~

KEEMPAT: Masa untuk online terhad. Time kerja xdpt nak bukak emel, sbb kerja saya sering ditinjau oleh bos tercinta.. hukhuk.. Saya dibebani projek develope coffee table book yang melibatkan banyak fasa.. sat sat meeting la, discussion la, dateline, mork up, design saye sorg je yg handle.. mmg pening sikit keje saya ni.. huhu.. Sbb tu sy xboleh nak edarkan fon number saya.. dengan keja yg xmenentu, mood juga xmenentu risau semua keja jd kucar kacir.. Balik ofis, smpai rumah dah malam penat terus tido.. Biasenye saya curi2 masa je untuk reply2 emel ni..

Haih~ cukup la empat je alasan yang perlu saya luahkan kepada anda ye.. Banyak2 nanti nampak mcm saya ni suka bg alasan.. huhu.. bukaann taw..sebenarnya bukan nak bgtau saya ni suka bg alasan.. tp alasan yang ada ni memang xdapat dielakkan lagi..huhu..maafkan saya ye..
harap2 mana yang sy dah reply emel tu dpt memahami beban yang saya alami ini.. doakan saya dapat luluskan Lesen saya suatu hari nanti.. Insyaallah mudah untuk saya kesana kemari.. xde la tertunggu2 nak bg confirmation kat client.. hehe.. nanti kalau ada masa saya nak upload gambar2 henna yang baaaaaanyak sangat dah tertunggak ni.. heheh.. mmg banyak giler sy peram dalam collection saye.. Tunggu time yg betul2 free..

05 October 2010

CUTI REHAT 2011

SALAM BUAT PENGUNJUNG BLOG..

Saya selaku pemilik blog, selaku pelukis henna yang bergerak secara berseorangan bersama suami ke rumah-rumah customer memohon maaf kepada pelanggan-pelanggan yang telah atau ingin membuat tempahan henna pada awal tahun 2011 ni.. Saya tidak dapat keluar beroperasi melukis henna dalam tempoh 5 bulan bermula JANUARI 2011 (akan dimaklumkan kemudian jika ada sebarang pertukaran).. Insyaalah dalam tempoh tersebut, saya terpaksa bercuti panjang untuk menghabiskan waktu dirumah untuk berpantang.. hehe.. Saya bakal menjadi ibu Insyaallah bulan MARCH next year.. so, tak dapat la nak membuat kerja part time yang sangat seronoki ni.. hehe.. Kepada pengunjung blog, yang membaca post ini, doakanlah kesihatan dan kesejahteraan diri saya dan kandungan supaya selamat semuanya..

Insyaallah, kalau ada rezeki, umur panjang, tanpa sebarang aral, saya akan memaklumkan bila saya boleh mula beroperasi untuk melukis henna semula pada tahun depan.. Doakan juga supaya keadaan mengizinkan saya meneruskan bisnes part time yang semakin mendapat sambutan ramai ni.. Terima Kasih kepada yang sudi mengambil khidmat henna saya sebelum ni dan terima kasih juga sebab meminati hasil seni henna saya..

Maaf kepada yang menghantar emel, kebelakangan ni saya agak kelewatan membalas emel2 anda.. akan tetapi saya cuba menghubungi anda segera sebelum majlis berlangsung.. dont worry wahai customer ku.. huhu.. Kesibukan kerja di ofis sampai xmenang tangan nak reply emel2 yg masuk byk dlm inbox.. Kalau sesiapa yg kerja publishing and design mesti tau cemane kesibukan kerja hariannye cemane.. huhu.. mmg xtertanggung.. So, saya cuba sedaya upaya untuk membahagikan masa membalas emel2 anda semua k.. I LOVE U ALL yang support HENNA RATU SEHARI...


16 July 2010

EKSKLUSIF PENGANTIN YANG MEMILIH HENNA RATU SEHARI ;)


SALAM...

Actually saya dah lama nak tunjukkan gambar-gambar dari koleksi pengantin sendiri yang telah memilih Hanna Ratu Sehari sebagai penyeri jari-jemari tangan dan kaki di hari perkahwinan mereka.. Baru hari ni saya berkesempatan nak update gambar-gambar yang ada..

Alhamdulillah mereka berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya.. Sehinggakan ada yang contact saya semula untuk memakaikan henna buat kali kedua untuk majlis bertandang pula.. Syukur sebab ada yang percayakan hasil kerja saya.. ;)

Jom kita layan gambar-gambar yang cantik-cantik dari photografer yang berlainan ni.. Sebelum tu, saya harap tuan empunya gambar tak kisah kalau saya upload gambar u all kat sini.. saya tau, u all msti suke punye.. ;)

P/s: credit to semua photographer yang terlibat.. ;)




Hayati from Brunei (Prince Hotel Bukit Bintang)



Liza | Klang (Crystal Crown Klang)


Ziela | Selayang


Eyra Rizal | Proton City, Tg Malim


Zue | Klang

Akmal | Shah Alam


Izzah | Pandan Jaya


Sharina Shahrin | Shah Alam


Elyina Zarim | Selayang Pandang







31 May 2010

PENGUMUMAN!

SALAM..

Mohon maaf sekiranya blog ini jarang diupdate..
Lately banyak email masuk dlm inbox mail saya, tapi tak berkesempatan untuk membalas..
Cuma untuk tarikh yang terdekat saja saya memberikan maklum balas..
Sorry ya kepada sesiapa yang ade send email tu, tertunggu-tunggu saya reply..
Saya sekarang busy membuat persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada musim cuti sekolah ni..
dan kepada sesiapa yang email untuk booking date berinai dari 6 - 20 JUNE 2010,
mohon ampun..mohon maaf..
minggu tersebut merupakan minggu yang tidak dapat untuk saya beroperasi membuat henna..

Insyaallah, saya akan menguruskan jadual untuk anda yang telah send email untuk berinai.. dalam masa terdekat, saya akan memberikan maklum balas kepada anda..

Kepada yang telah berhubung dgn saya untuk appoinment henna, still keep in touch sehinggalah hari appointment kita ye.. Insyaallah kita akan berjumpa..

Syukur Alhamdulillah, khidmat henna saya semakin mendapat sambutan dan telah pun mandapat feedback yang positif dan menggembirakan saya daripada pemakai2 henna yang lalu..
TERIMA KASIH semua kerana sudi mengambil khidmat saya..
Sudi-sudilah menyebarkan perkhidmatan hennaku ini kepada kenalan juga sanak-saudara anda juga yang bakal menjadi ratu sehari nanti.. ;)

LOve Love LOve you... ;)

15 April 2010

SEDIA MENERIMA TEMPAHAN

SALAM..

Henna Ratu Sehari sedia menerima tempahan tarikh berinai untuk bakal ratu sehari pada tahun 2010 dan 2011..

Hantarkan butikan booking dengan segera melalui link : http://hennaratuseharibook.blogspot.com/

Maklum balas akan diberikan kepada anda dengan segera InsyaAllah..

Maklumat lanjut: add me on YM: am_nkaak

11 March 2010

PERKHIDMATAN LAKARAN INAI / HENNA / MEHNDI DI KUALA LUMPUR DAN SEKITARNYA

ASSALAMUALAIKUM..

Henna Ratu Sehari menyediakan perkhidmatan melukis inai (henna / mehndi) kepada bakal pengantin di sekitar Lembah Klang merangkumi kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Seremban, Nilai dan area-area yang berdekatan di atas permintaan anda. Perkhidmatan melukis inai / henna / mehndi ini beroperasi terus ke rumah anda kebiasaannya sehari sebelum tarikh nikah yang ditetapkan.

Perkhidmatan inai lukis / inai corak / henna ukir / henna pengantin dihasilkan oleh saya sendiri, Amrina. Saya akan memastikan hasil ukiran inai ditangan dan kaki anda sentiasa kemas dan memenuhi kepuasan anda. Henna / Inai yang dipakai pastinya kelihatan cantik dan kemas di hari bersejarah anda jika anda sendiri berhati-hati dan menjaga kekemasan inai / henna tersebut semasa tempoh pemakaiannya sebelum kering. Tanggungjawab saya hanyalah semasa tempoh melukis / mengukir inai / henna tersebut. Sebarang kecomotan, kekotoran selepas tugas mengukir / melukis henna selesai, tidak lagi di bawah tanggungan saya.. Dengan itu, saya mohon kerjasama dari anda supaya berhati-hati dan menjaga pergerakan anda semasa tempoh pemakaian inai / henna dan semasa tempoh inai / henna tersebut belum kering.. Hasilnya pasti memuaskan.. ;)

Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat dengan perkhidmatan henna dari saya, khususnya warga ibu kota sekitar Lembah Klang dan Selangor yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, cepat-cepat la berurusan dengan saya untuk memberikan keterangan lanjut mengenai tarikh berinai anda.. Tawaran sentiasa di buka untuk anda pada bila-bila masa.. dan saya memohon maaf sekiranya terpaksa menolak permintaan dari anda. Bermakna tarikh tersebut telah pun fully booked.. ;)

Cepat-cepat email kepada saya untuk tempahan tarikh berinai k!
Saya bakal menyerikan tangan dan jari jemari anda di hari pernikahan dan persandingan anda!

Email : am.nkaak@gmail.com
yM : am_nkaak


Pic from : Rimbun Photography


06 March 2010

HENNA ON HAND

(CODE : TA_PAISLEYDOT)

(CODE : TA_YOT)

(CODE : TA_NARD)

(CODE : TA_SITI_L)

(CODE : TA_SITI_R)

(CODE : TA_ATHEERAH)

(CODE : TA_TIRA)

(CODE : TA_AZZU)

07 February 2010

Koleksi-koleksi Henna

Salam semua..

Mohon maaf sebab saya jarang update blog henna ni.. Saya hanya sempat untuk menunjukkan beberapa koleksi henna yang telah saya hasilkan kepada tangan-tangan bakal pengantin pada bulan Disember yang lalu dan beberapa hasil henna yang diconteng di atas tangan sendiri.. Itu pun tidak semua gambar ada pada saya.. Tak sempat nak snap pic masa berinai.. huhu..
Sekadar memenuhi kepelbagaian koleksi di henna ratu sehari ini, saya berikan kepada anda melihat hasil-hasil sentuhan henna dari saya..

Bagi bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun 2010 ini, anda boleh membuat tempahan dari sekarang.. Sebarang pertanyaan dan tempahan tarikh boleh lah berurusan dengan saya sendiri, AMRINA melalui email : am.nkaak@gmail.com ataupun melalui ym : am_nkaak.


(CODE : TT_FULL)

(CODE : TA_GUESS)

(CODE : TA_HOME)

Sebarang kesulitan seperti terlambat membalas email-email, terpaksa menolak permintaan tarikh berinai anda, seribu kemaafan di minta dari saya..

19 January 2010

HENNA RATU SEHARI 2010

Assalamualaikum..

Mula-mula saya nak mohon maaf di atas kelewatan membalas email-email booking dan pertanyaan para pengunjung blog hennaratusehari. Tak sangka pula masuk tahun 2010 ni jadual kerja saya semakin padat, dan banyak terlibat dalam projek-projek pameran di luar. Dan paling merunsingkan saya, tarikh perkahwinan saya belum lagi ditetapkan yang dirancang akan berlangsung pada tahun ini juga.. huhu.. Masa saya untuk berinai mungkin terbatas. huhu.. Sebelum anda menghantarkan email booking date kepada saya, saya memohon maaf terdahulu jika saya tidak dapat untuk tentukan samada tarikh tersebut saya available atau pn tidak.. Akan tetapi, saya akan cuba untuk memberikan maklumbalas selewat-lewatnya 2-3 minggu dari tarikh berinai anda.

Mohon maaf dari saya ke atas kelewatan membalas email, kelewatan memberikan maklumbalas pertanyaan, kelewatan meng'update blog'. Masa tidak mengizinkan saya berbuat demikian. huh.

Diharapkan anda tetap akan mengunjungi blog yang buruk ini untuk memenuhi keperluan perkahwinan anda. Walaupun blog ini buruk, isinya tetap ada. Bakat melukis henna saya makin hari semakin meningkat. Terima kasih kepada semua yang pernah menggunakan khidmat saya. Tanpa anda, kemungkinan bakat yang ada ini akan tumpul kerana tidak di asah. Anda jugalah yang menjadi pengasah bakat saya selama ini..
Thanks a bunch for choosing me.. *hug*hug*

08 December 2009

Henna On Hand - Amik Sepupu-sepupu Jadi Model

Salam..

Baru-baru ni henna yang saya beli untuk berinai warna merahnya memang sangat memuaskan hati.. Seruis. Merah macam biji saga. Warnanya pun kekal lama tak macam henna yang saya guna sebelum ni.. Sampai seminggu pun still nampak lagi coraknya.. Memang tahan lama.

Memandangkan henna kali ni macam lain sikit dari yang saya guna sebelum ni, maka adik-adik sepupu saya telah menjadi mangsa untuk dijadikan model tester henna ni.. hahah.. Seronok la diorang.. Masa musim sekolah dulu teringin sangat nak pakai, tapi tak boleh sebab peraturan sekolah tak benarkan pakai inai.. Kesian kat diorang kempunan.. Dah musim cuti sekolah ni, semua menghulur je tangan kat saya nak berinai.. heheh.. Meh tengok design-design yang sempat saya conteng kat diorang.. =)

(CODE : TA_husna)

(CODE : TA_mirror_paisley)

(CODE : TA_sakura)

(CODE : TA_sakura)

(CODE : TA_kakyang)

Zoom IN > (CODE : TA_kakyang)

After : (CODE : TA_kakyang)

(CODE : TA_nadia)

(CODE : TA_nadia)

(CODE : TA_nad)

(CODE : TA_nadia)

(CODE : TA_husna)

(CODE : TA_nabila)
comel kan tangan die?? =P

yang ni xde code sebab saya sambungkan henna die yang kat jari-jari tu je.. My Uncle teringin nak try lukis henna kat tangan anak die, last-last xtau bentuk ape yang jadi.. so, saya jugak yang kena take over.. inilah hasilnye.. huhu..