home button Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

STICKY NOTE!

BERMINAT DENGAN HASIL KERJA DARI HENNA RATU SEHARI??

DROP BOOKING SEKARANG!! ;)




ASSALAMUALAIKUM..

Saya masih aktif menjalankan service henna di sekitar KUALA LUMPUR buat masa ini..
Tempahan tarikh berinai di buka untuk Bride-to-be sepanjang TAHUN 2014
(OPEN FOR Oktober, November, Disember)!
Jika anda berminat dengan hasil seni Henna Ratu Sehari,
cepat isi booking form dan saya akan segera membalas emel2 anda.. ;)

Harga disertakan mengikut Pakej yang telah disediakan di sini:

Sebarang pertanyaan akan dibalas.
Emelkan ke: am.nkaak@gmail.com

Saya harap anda dapat membuat pilihan yang TEPAT untuk memilih
Henna Artist yang betul2 memuaskan hati di hari berbahagia anda.. ;)

P/S: Kepada Mobile User (online thru Smartphone, tab) sila scroll ke bawah dan click 'view web version' untuk paparan yang jelas.
Thank you.

15 December 2010

ATTENTION TO ALL BRIDE TO BE


Assalamualaikum buat semua pengunjung blog Henna Ratu Sehari..

Dikesempatan ini, saya ingin mengumumkan bahawa saya AKAN BERCUTI MULAI JANUARI SEHINGGA MEI 2011.. (JAN, FEB, MAC, APR, MEI) INI BERMAKNA, SAYA TIDAK AKAN BEROPERASI MELUKIS HENNA SEPANJANG TEMPOH TERSEBUT.. TARIKH MULA BEROPERASI AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN.. SEBARANG KESULITAN HARAP DIMAAFKAN..

Segala penjelasan telah dimaklumkan pada post CUTI REHAT 2011 sebelum ini..

Kepada yang telah emel kepada saya request utk henna, saya memohon maaf sebab tak dapat nak penuhi permintaan saudari semua.. Memandangkan keadaan fizikal perut saya yang semakin membesar, terdapat sedikit kesulitan untuk saya melaksanakan tugas yang disayangi ini.. Kesian jgk dekat baby mesti die rase tersepit time saya tunduk2 lukis inai tu.. huhu.. Sakit belakang pulak, mmg xterkata.. ;( Kesian dekat baby, kesian jgk kat diri sendiri..
Doakan semuanya selamat yer.. baby and mommy.. Doakan kesihatan saya, supaya selamat melahirkan baby nanti.. Insyaallah ada rezeki, kita bakal berjumpa pertengahan tahun hadapan..

THANKS KEPADA SEMUA YG SUPPORT HENNA RATU SEHARI.. ;)




10 November 2010

WEDDING HENNA FOR SABRINA AND SURAYYA


Salam kepada pengunjung blog..

Post kali ni tersangatlah sudah basi.. im so sorry sabrina and surayya.. baru ade kesempatan nak update about your henna session.. Actually Sabrina adalah on of my customer yang agak terkenal di kalangan blogger.. Terutamanya bride-to-be blogger.. Saya dipilih untuk melukis henna kepada sabby and her sister untuk majlis perkahwinan mereka berdua.. Disebabkan oleh beliau juga saya punya blog menjadi agak popular (popular ke??) selepas sabby post dekat blog die berkaitan henna session dgn saya haritu.. tp dah lama dah sebenarnya.. huhu.. on July 2010.. sudah 4bulan maa..

Many thanks to Sabby.. sebenarnya lepas sabby post and promote my henna on her blog tu memang ramai sangat yg email saya xputus-putus.. Sampai xtertanggung saya nak handle satu2.. Sbb ada yang request henna untuk tarikh yg sama, and ada juga yang dah nak book untuk Disember 2011!! huhuhu.. u all semua sangat mengagumkan.. ;) Maaf saya ucapkan kepada penghantar email yg saya xsempat nak reply tu.. Sebab-sebabnya telah pun saya explain pada post yg lepas.. Harap-harap u all faham situasi saya, and saya masih dalam proses membalas email-email yang telah tersedia dlm inbox.. don't worry ok.. just wait for my feedback soon.. ;)

Back to the post title, saya just nak share gambar-gambar yang telah di ambil oleh suami saya semasa menginaikan sabby and surayya 4 bulan lalu.. ;) Hopefully sabby and surayya xkisah sy publish gambar u all untuk dikongsi bersama pengunjung blog..

HENNA 1st SESSION FOR: SABRINA
DATE: 2nd JULY 2010
LOCATION: IMPIANA KLCC



(code: TA_sabby)

(code: KA_sabby)

Sabrina with her wedding henna.. ;)


HENNA 2nd SESSION FOR: SURAYYA
DATE: 2nd JULY 2010
LOCATION: IMPIANA KLCC








07 October 2010

LAST MINIT PUNYA CONFIRMATION

SALAM..

Tajuk post kali ni sangat-sangat penting buat sesiapa yang telah email, send booking form kepada saya.. Untuk makluman cik cik bakal pengantin semua, maaf taw sebab saya terpaksa bagi feedback or confirmation last minit ni di atas sebab-sebab tertentu yang xdapat dielakkan.. So, hari ni saya nak bongkarkan kat semua yang tertunggu-tunggu emel dari saya tu kenapa saya bagi feedback "LAST MINIT"..

PERTAMANYA: Saya hanya boleh beroperasi ke mana-mana bersama suami sahaja.. sebabnye saye xde lesen.. huhu.. kesian kan.. Ade pun lesen L je.. dah setahun pegang lesen L sampai sekaragn xjadi P lg.. nak sambung kelas L pun xde masa.. punya lah busy.. haih~ so, kemana sahaja saya memerlukan driver iaitu suami tercinta.. sebab die je yang setia nak teman saya ke mana pun..

KEDUA: dah kena bergerak kesana kemari dengan suami, terpaksalah pulak tunggu time yang die free.. Alhamdulillah setakat ni suami saya xde lg kena hantaq p outstation jauh2.. kalau x, pening la saya nak cari pengganti driver nak bwk p rumah berinai.. huhu..

KETIGA: Faktor kesihatan. baru2 ni saya dilanda alahan 1st trimester kandungan anak pertama.. Alhamdulillah rezeki lepas kahwin terus dpt baby.. Sekarang dah beransur pulih.. alahan pun dah hampir takde.. tapi kena jugak jaga kesihatan diri and org tua2 xbagi sangat saya jalan jauh2 lagi2 keluar malam.. nak buat cemane kan? mmg saya free time malam je.. n time malam la org pakai inai.. haih~

KEEMPAT: Masa untuk online terhad. Time kerja xdpt nak bukak emel, sbb kerja saya sering ditinjau oleh bos tercinta.. hukhuk.. Saya dibebani projek develope coffee table book yang melibatkan banyak fasa.. sat sat meeting la, discussion la, dateline, mork up, design saye sorg je yg handle.. mmg pening sikit keje saya ni.. huhu.. Sbb tu sy xboleh nak edarkan fon number saya.. dengan keja yg xmenentu, mood juga xmenentu risau semua keja jd kucar kacir.. Balik ofis, smpai rumah dah malam penat terus tido.. Biasenye saya curi2 masa je untuk reply2 emel ni..

Haih~ cukup la empat je alasan yang perlu saya luahkan kepada anda ye.. Banyak2 nanti nampak mcm saya ni suka bg alasan.. huhu.. bukaann taw..sebenarnya bukan nak bgtau saya ni suka bg alasan.. tp alasan yang ada ni memang xdapat dielakkan lagi..huhu..maafkan saya ye..
harap2 mana yang sy dah reply emel tu dpt memahami beban yang saya alami ini.. doakan saya dapat luluskan Lesen saya suatu hari nanti.. Insyaallah mudah untuk saya kesana kemari.. xde la tertunggu2 nak bg confirmation kat client.. hehe.. nanti kalau ada masa saya nak upload gambar2 henna yang baaaaaanyak sangat dah tertunggak ni.. heheh.. mmg banyak giler sy peram dalam collection saye.. Tunggu time yg betul2 free..

05 October 2010

CUTI REHAT 2011

SALAM BUAT PENGUNJUNG BLOG..

Saya selaku pemilik blog, selaku pelukis henna yang bergerak secara berseorangan bersama suami ke rumah-rumah customer memohon maaf kepada pelanggan-pelanggan yang telah atau ingin membuat tempahan henna pada awal tahun 2011 ni.. Saya tidak dapat keluar beroperasi melukis henna dalam tempoh 5 bulan bermula JANUARI 2011 (akan dimaklumkan kemudian jika ada sebarang pertukaran).. Insyaalah dalam tempoh tersebut, saya terpaksa bercuti panjang untuk menghabiskan waktu dirumah untuk berpantang.. hehe.. Saya bakal menjadi ibu Insyaallah bulan MARCH next year.. so, tak dapat la nak membuat kerja part time yang sangat seronoki ni.. hehe.. Kepada pengunjung blog, yang membaca post ini, doakanlah kesihatan dan kesejahteraan diri saya dan kandungan supaya selamat semuanya..

Insyaallah, kalau ada rezeki, umur panjang, tanpa sebarang aral, saya akan memaklumkan bila saya boleh mula beroperasi untuk melukis henna semula pada tahun depan.. Doakan juga supaya keadaan mengizinkan saya meneruskan bisnes part time yang semakin mendapat sambutan ramai ni.. Terima Kasih kepada yang sudi mengambil khidmat henna saya sebelum ni dan terima kasih juga sebab meminati hasil seni henna saya..

Maaf kepada yang menghantar emel, kebelakangan ni saya agak kelewatan membalas emel2 anda.. akan tetapi saya cuba menghubungi anda segera sebelum majlis berlangsung.. dont worry wahai customer ku.. huhu.. Kesibukan kerja di ofis sampai xmenang tangan nak reply emel2 yg masuk byk dlm inbox.. Kalau sesiapa yg kerja publishing and design mesti tau cemane kesibukan kerja hariannye cemane.. huhu.. mmg xtertanggung.. So, saya cuba sedaya upaya untuk membahagikan masa membalas emel2 anda semua k.. I LOVE U ALL yang support HENNA RATU SEHARI...


16 July 2010

EKSKLUSIF PENGANTIN YANG MEMILIH HENNA RATU SEHARI ;)


SALAM...

Actually saya dah lama nak tunjukkan gambar-gambar dari koleksi pengantin sendiri yang telah memilih Hanna Ratu Sehari sebagai penyeri jari-jemari tangan dan kaki di hari perkahwinan mereka.. Baru hari ni saya berkesempatan nak update gambar-gambar yang ada..

Alhamdulillah mereka berpuas hati dengan hasil kerja tangan saya.. Sehinggakan ada yang contact saya semula untuk memakaikan henna buat kali kedua untuk majlis bertandang pula.. Syukur sebab ada yang percayakan hasil kerja saya.. ;)

Jom kita layan gambar-gambar yang cantik-cantik dari photografer yang berlainan ni.. Sebelum tu, saya harap tuan empunya gambar tak kisah kalau saya upload gambar u all kat sini.. saya tau, u all msti suke punye.. ;)

P/s: credit to semua photographer yang terlibat.. ;)




Hayati from Brunei (Prince Hotel Bukit Bintang)



Liza | Klang (Crystal Crown Klang)


Ziela | Selayang


Eyra Rizal | Proton City, Tg Malim


Zue | Klang

Akmal | Shah Alam


Izzah | Pandan Jaya


Sharina Shahrin | Shah Alam


Elyina Zarim | Selayang Pandang







31 May 2010

PENGUMUMAN!

SALAM..

Mohon maaf sekiranya blog ini jarang diupdate..
Lately banyak email masuk dlm inbox mail saya, tapi tak berkesempatan untuk membalas..
Cuma untuk tarikh yang terdekat saja saya memberikan maklum balas..
Sorry ya kepada sesiapa yang ade send email tu, tertunggu-tunggu saya reply..
Saya sekarang busy membuat persiapan perkahwinan yang bakal berlangsung pada musim cuti sekolah ni..
dan kepada sesiapa yang email untuk booking date berinai dari 6 - 20 JUNE 2010,
mohon ampun..mohon maaf..
minggu tersebut merupakan minggu yang tidak dapat untuk saya beroperasi membuat henna..

Insyaallah, saya akan menguruskan jadual untuk anda yang telah send email untuk berinai.. dalam masa terdekat, saya akan memberikan maklum balas kepada anda..

Kepada yang telah berhubung dgn saya untuk appoinment henna, still keep in touch sehinggalah hari appointment kita ye.. Insyaallah kita akan berjumpa..

Syukur Alhamdulillah, khidmat henna saya semakin mendapat sambutan dan telah pun mandapat feedback yang positif dan menggembirakan saya daripada pemakai2 henna yang lalu..
TERIMA KASIH semua kerana sudi mengambil khidmat saya..
Sudi-sudilah menyebarkan perkhidmatan hennaku ini kepada kenalan juga sanak-saudara anda juga yang bakal menjadi ratu sehari nanti.. ;)

LOve Love LOve you... ;)

15 April 2010

SEDIA MENERIMA TEMPAHAN

SALAM..

Henna Ratu Sehari sedia menerima tempahan tarikh berinai untuk bakal ratu sehari pada tahun 2010 dan 2011..

Hantarkan butikan booking dengan segera melalui link : http://hennaratuseharibook.blogspot.com/

Maklum balas akan diberikan kepada anda dengan segera InsyaAllah..

Maklumat lanjut: add me on YM: am_nkaak

11 March 2010

PERKHIDMATAN LAKARAN INAI / HENNA / MEHNDI DI KUALA LUMPUR DAN SEKITARNYA

ASSALAMUALAIKUM..

Henna Ratu Sehari menyediakan perkhidmatan melukis inai (henna / mehndi) kepada bakal pengantin di sekitar Lembah Klang merangkumi kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Seremban, Nilai dan area-area yang berdekatan di atas permintaan anda. Perkhidmatan melukis inai / henna / mehndi ini beroperasi terus ke rumah anda kebiasaannya sehari sebelum tarikh nikah yang ditetapkan.

Perkhidmatan inai lukis / inai corak / henna ukir / henna pengantin dihasilkan oleh saya sendiri, Amrina. Saya akan memastikan hasil ukiran inai ditangan dan kaki anda sentiasa kemas dan memenuhi kepuasan anda. Henna / Inai yang dipakai pastinya kelihatan cantik dan kemas di hari bersejarah anda jika anda sendiri berhati-hati dan menjaga kekemasan inai / henna tersebut semasa tempoh pemakaiannya sebelum kering. Tanggungjawab saya hanyalah semasa tempoh melukis / mengukir inai / henna tersebut. Sebarang kecomotan, kekotoran selepas tugas mengukir / melukis henna selesai, tidak lagi di bawah tanggungan saya.. Dengan itu, saya mohon kerjasama dari anda supaya berhati-hati dan menjaga pergerakan anda semasa tempoh pemakaian inai / henna dan semasa tempoh inai / henna tersebut belum kering.. Hasilnya pasti memuaskan.. ;)

Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat dengan perkhidmatan henna dari saya, khususnya warga ibu kota sekitar Lembah Klang dan Selangor yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, cepat-cepat la berurusan dengan saya untuk memberikan keterangan lanjut mengenai tarikh berinai anda.. Tawaran sentiasa di buka untuk anda pada bila-bila masa.. dan saya memohon maaf sekiranya terpaksa menolak permintaan dari anda. Bermakna tarikh tersebut telah pun fully booked.. ;)

Cepat-cepat email kepada saya untuk tempahan tarikh berinai k!
Saya bakal menyerikan tangan dan jari jemari anda di hari pernikahan dan persandingan anda!

Email : am.nkaak@gmail.com
yM : am_nkaak


Pic from : Rimbun Photography


06 March 2010

HENNA ON HAND

(CODE : TA_PAISLEYDOT)

(CODE : TA_YOT)

(CODE : TA_NARD)

(CODE : TA_SITI_L)

(CODE : TA_SITI_R)

(CODE : TA_ATHEERAH)

(CODE : TA_TIRA)

(CODE : TA_AZZU)