Henna Ratu Sehari menyediakan perkhidmatan melukis inai (henna / mehndi) kepada bakal pengantin di sekitar Lembah Klang merangkumi kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Seremban, Nilai dan area-area yang berdekatan di atas permintaan anda. Perkhidmatan melukis inai / henna / mehndi ini beroperasi terus ke rumah anda kebiasaannya sehari sebelum tarikh nikah yang ditetapkan.
Perkhidmatan inai lukis / inai corak / henna ukir / henna pengantin dihasilkan oleh saya sendiri, Amrina. Saya akan memastikan hasil ukiran inai ditangan dan kaki anda sentiasa kemas dan memenuhi kepuasan anda. Henna / Inai yang dipakai pastinya kelihatan cantik dan kemas di hari bersejarah anda jika anda sendiri berhati-hati dan menjaga kekemasan inai / henna tersebut semasa tempoh pemakaiannya sebelum kering. Tanggungjawab saya hanyalah semasa tempoh melukis / mengukir inai / henna tersebut. Sebarang kecomotan, kekotoran selepas tugas mengukir / melukis henna selesai, tidak lagi di bawah tanggungan saya.. Dengan itu, saya mohon kerjasama dari anda supaya berhati-hati dan menjaga pergerakan anda semasa tempoh pemakaian inai / henna dan semasa tempoh inai / henna tersebut belum kering.. Hasilnya pasti memuaskan.. ;)
Oleh itu, kepada sesiapa yang berminat dengan perkhidmatan henna dari saya, khususnya warga ibu kota sekitar Lembah Klang dan Selangor yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, cepat-cepat la berurusan dengan saya untuk memberikan keterangan lanjut mengenai tarikh berinai anda.. Tawaran sentiasa di buka untuk anda pada bila-bila masa.. dan saya memohon maaf sekiranya terpaksa menolak permintaan dari anda. Bermakna tarikh tersebut telah pun fully booked.. ;)
Cepat-cepat email kepada saya untuk tempahan tarikh berinai k!
Saya bakal menyerikan tangan dan jari jemari anda di hari pernikahan dan persandingan anda!
