Saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai hukum dalam post kali ini disebabkan terrrrlalu ramai yang membangkitkan soal hukum HALAL dan HARAM tentang pemakaian inai berlukis.
Rata-rata semakin ramai yang mempertikaikan soal hukum memakai inai bercorak. Terutamanya di FB. Saya nasihatkan sesiapa yang gemar forward, copy and paste soal hukum hakam tanpa sebarang usul periksa itu, hentikanlah! Kerana anda mungkin mendapat dosa yang berlipat ganda jika maklumat yang anda sampaikan itu TIDAK BENAR. TERUTAMANYA yang menyatakan hukum pemakaian inai bercorak ini adalah haram. Lebih besar dosa sekiranya anda MENGHARAMKAN SESUATU YANG HALAL.
SAYA ADA BUKTI YANG KUKUH. Jangan sekadar copy and paste/fwd dari blog-blog yang tak tahu sumber asalnya. Rujuklah pada sumber yang SAHIH! Melukis henna adalah sebahagian daripada sumber rezeki saya. Sebagai seorang ISLAM yang waras, tidak sama sekali berani untuk melakukan kerja yang haram. Nauzubillah.. Negara kita Malaysia telah melantik Majlis Fatwa Kebangsaan untuk memutuskan soal hukum hakam. Rujuklah pada sumber yang sahih yang telah disediakan. Jangan melulu hanya berpandukan pada seorang uztaz sahaja. Terus menyatakan hukum yang diberikan oleh individu tersebut adalah benar.
Menurut MAJLIS FATWA KEBANGSAAN MALAYSIA:
(sumber:http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak)
Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
- Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
- Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Maka dengan ini, bertaubatlah kamu sekiranya anda salah seorang yang pernah mengharamkan sesuatu yang halal hukumnya dari segi syarak.
“Hai orang-orang yang beriman: Janganlah kamu mengharamkan yang baik-baik (dari) apa yang Allah telah halalkan buat kamu, dan jangan kamu melewati batas, karena sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang suka melewati batas. Dan makanlah sebagian rezeki yang Allah berikan kepadamu dengan halal dan baik, dan takutlah kamu kepada Allah zat yang kamu beriman dengannya.” (Al-Maidah: 87-88)
Kepada anda diluar sana, tiada persoalan atau keraguan lagi untuk memakai inai bercorak. HENNA RATU SEHARI hanya menghasilkan corak inai berunsurkan tumbuh-tumbuhan/flora sahaja. Sebarang permintaan untuk melukis corak binatang atau unsur pelik-pelik tidak akan dilayan sama sekali. Maaf, saya agak tegas dalam soal hukum ini. DAN hormatilah keputusan saya untuk TIDAK MEMAKAIKAN INAI PADA PENGANTIN LELAKI. Ini adalah keputusan saya atas nasihat suami saya sendiri. Harap Maklum. WALLAHU A'LAM..
