Assalamualaikum...
Alhamdulillah buat pertama kalinya untuk tahun ni saya update blog. Sudah bulan Mei rupanya.. esok lusa dah masuk June! Masya Allah..lama sungguh saya meninggalkan blog ni bersawang berserabut.. huhu.. Maafkan saya..
Okeh! Dengan sukacitanya saya ingin maklumkan di sini, SAYA SUDAH PUN MEMULAKAN TUGAS MELUKIS HENNA MULAI MEI haritu seperti yang dijanjikan sebelum ini.. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan hidup selepas selamat melahirkan baby girl yg cukup sempurna di mata kami.. Sejak pregnant cik baby dah ikut mama die pergi buat henna ni..tp mase tu die dalam perut lagi kan.. sekarang dah lahir pun die still ikut jugak.. Tak boleh tinggal la buah hati mama n papa.. Encik suami pun takde la boring tunggu sorang2 time saya berinai mcm sebelum2 ni.. papa dah ade teman untuk bermain, berborak.. ;) Alhamdulillah Allah telah berikan kami anak yang sihat, behave dan mudah di bawa ke mana sahaja.. Harap Allah kekalkan kesenangan ini kepada kami untuk meneruskan kerja sampingan buat kami sekeluarga.. Amin...
Kepada bakal-bakal pengantin di luar sana, tempahan untuk henna di majlis tunang, nikah, sanding masih di buka untuk tahun 2011. Untuk cuti sekolah bulan June ni pun masih available.. Cepat-cepat hantarkan borang tempahan yang terdapat di
http://hennaratuseharibook.blogspot.com/. Saya akan memberikan maklumbalas segera kepada anda.
Bagi yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, tempahan dari anda amatlah dialu-alukan.. Buat masa ini, saya hanya cover sekitar Kuala Lumpur sahaja.. Memandangkan cik baby masih kecik, masa yang ada terhad. Tak dapat nak pegi jauh-jauh melainkan sekitar Kuala Lumpur sahaja.. Sorry yer.. Harap maklum.
Cepat-cepat hantar tempahan yer!
1st come, 1st serve..
Selamat membuat persiapan perkahwinan.. ;)