STICKY NOTE!

BERMINAT DENGAN HASIL KERJA DARI HENNA RATU SEHARI??

DROP BOOKING SEKARANG!! ;)




ASSALAMUALAIKUM..

Saya masih aktif menjalankan service henna di sekitar KUALA LUMPUR buat masa ini..
Tempahan tarikh berinai di buka untuk Bride-to-be sepanjang TAHUN 2014
(OPEN FOR Oktober, November, Disember)!
Jika anda berminat dengan hasil seni Henna Ratu Sehari,
cepat isi booking form dan saya akan segera membalas emel2 anda.. ;)

Harga disertakan mengikut Pakej yang telah disediakan di sini:

Sebarang pertanyaan akan dibalas.
Emelkan ke: am.nkaak@gmail.com

Saya harap anda dapat membuat pilihan yang TEPAT untuk memilih
Henna Artist yang betul2 memuaskan hati di hari berbahagia anda.. ;)

P/S: Kepada Mobile User (online thru Smartphone, tab) sila scroll ke bawah dan click 'view web version' untuk paparan yang jelas.
Thank you.

30 May 2011

I'M BACK!!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah buat pertama kalinya untuk tahun ni saya update blog. Sudah bulan Mei rupanya.. esok lusa dah masuk June! Masya Allah..lama sungguh saya meninggalkan blog ni bersawang berserabut.. huhu.. Maafkan saya..

Okeh! Dengan sukacitanya saya ingin maklumkan di sini, SAYA SUDAH PUN MEMULAKAN TUGAS MELUKIS HENNA MULAI MEI haritu seperti yang dijanjikan sebelum ini.. Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan hidup selepas selamat melahirkan baby girl yg cukup sempurna di mata kami.. Sejak pregnant cik baby dah ikut mama die pergi buat henna ni..tp mase tu die dalam perut lagi kan.. sekarang dah lahir pun die still ikut jugak.. Tak boleh tinggal la buah hati mama n papa.. Encik suami pun takde la boring tunggu sorang2 time saya berinai mcm sebelum2 ni.. papa dah ade teman untuk bermain, berborak.. ;) Alhamdulillah Allah telah berikan kami anak yang sihat, behave dan mudah di bawa ke mana sahaja.. Harap Allah kekalkan kesenangan ini kepada kami untuk meneruskan kerja sampingan buat kami sekeluarga.. Amin...

Kepada bakal-bakal pengantin di luar sana, tempahan untuk henna di majlis tunang, nikah, sanding masih di buka untuk tahun 2011. Untuk cuti sekolah bulan June ni pun masih available.. Cepat-cepat hantarkan borang tempahan yang terdapat di http://hennaratuseharibook.blogspot.com/. Saya akan memberikan maklumbalas segera kepada anda.

Bagi yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, tempahan dari anda amatlah dialu-alukan.. Buat masa ini, saya hanya cover sekitar Kuala Lumpur sahaja.. Memandangkan cik baby masih kecik, masa yang ada terhad. Tak dapat nak pegi jauh-jauh melainkan sekitar Kuala Lumpur sahaja.. Sorry yer.. Harap maklum.

Cepat-cepat hantar tempahan yer!
1st come, 1st serve..
Selamat membuat persiapan perkahwinan.. ;)


No comments:

Post a Comment